Translate

15/10/2013

NEGARA TERSELAMAT DARIPADA PERTEMPURAN DARAH ???

Foto

The Herald dilarang guna kalimah Allah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini. Dua lagi hakim ialah Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. 

Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pihak Roman Katolik adalah dibatalkan. 

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan perkataan Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

14/10/2013

BIAR SAMSENG JANGAN JADI BAPOK !!!!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak pihak-pihak yang mempertikai tugasnya sehingga menggelar beliau samseng berikutan tindakan tegas terhadap kumpulan kongsi gelap.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukannya semata-mata untuk menjaga dan menegakkan hak asasi rakyat negara ini.

"Saya bukannya 'samseng' cuma tegas, kerja betul dan berani dalam melaksanakan tanggungjawab saya.

"Saya perlu menegakkan hak asasi manusia. Anggota polis yang kena tembak misalnya tiada siapa (pembangkang) yang membela keluarga itu, sebaliknya penjenayah pula disokong oleh mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengarahkan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman memantau aktiviti perjudian dan pelacuran di kawasan Bagan Datoh dan Simpang Empat.

Jelas beliau, tindakan itu bagi mengekang penglibatan masyarakat Melayu dalam gejala negatif tersebut.

"Saya akui di Simpang Empat memang ada tempat berjudi dan pelacuran dan yang menjadi 'babu' (pembantu) orang Melayu beragama Islam.

"Saya tidak boleh berkompromi dengan anak-anak kita yang beragama Islam ini yang membantu kongsi gelap melalui aktiviti tersebut. Perkara ini harus diatasi," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada polis untuk melaksanakan tugas mengekang aktiviti jenayah tersebut.

13/10/2013

OPS CANTAS DALAMAN PDRM PERLU DILAKUKAN SEGERA ???

Dua Polis Digantung Tugas Kerana Didakwa Keluar Kenyataan Rasis Di 'WhatsApp Group Chat'


GEORGE TOWN: Dua anggota polis digantung tugas selepas didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman menerusi aplikasi ruangan sembang secara berkumpulan di WhatsApp.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, arahan penggantungan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua anggota polis terbabit didakwa membuat kenyataan di sebuah ruangan sembang yang membincangkan tentang urusan berkaitan dengan kerja menerusi aplikasi WhatsApp, yang memberi maksud kepada isu berkaitan dengan penangkapan kumpulan gangster di bawah Ops Cantas.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan pangkat kedua-dua polis berkenaan.


12/10/2013

APA DAH JADI GARA-GARA ISTERI MAT YO ???



Isteri Pakcik Guard pasti cemburu sejak kebelakangan ini, tapi kalau bujangan tak apa lah. 

Terlalu ramai peminat dan semakin glamour berlebih-lebih lagi artis Neelofa mengambil peluang bergambar bersama. Sumber: KLIK

WANITA NYARIS MATI DITEMBAK DI LAMPU ISYARAT


BINJAI - Kejadian berlaku pada hari ini 11/10/2013 jam lebih kurang 6.40 petang di persimpangan lampu isyarat Binjai berhadapan dengan Balai Polis Binjai.

Seorang wanita berumur 22 tahun sedang memberhentikan m/kar yang dipandunya di lampu isyarat, tiba-tiba telah ditembak oleh 2 lelaki yang menaikki m/sikal dengan dua das tembakan, mengenai dilengan kanan dan tapak tangan kanan.


Penjenayah menaikki m/sikal dipercayai jenis Yamaha 135 LC berwarna merah dan bertopi keledar warna hitam.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

RUMAH PANGSA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT MARKAS PENJENAYAH WARGA ASING ???

Kuala Lumpur, 11 Okt - Empat lelaki asing yang dipercayai anggota 'Geng Ah Fatt' ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam. 

Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas. 

"Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun. 

11/10/2013

MALAYSIA AKAN KEMBALI AMAN SETELAH PCA DILULUSKAN


Keharmonian negara tercinta baru-baru ini telah dikucar-kacirkan oleh segelintir manusia yang bergelar PENJENAYAH DAN PENGKHIANAT KEDAMAIAN.


Namun begitu seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian berasa lega dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dibahaskan sejak semalam.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959, yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, digubal kerana adanya keperluan bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat.

10/10/2013

Penjawat awam cuai perlu dikenakan tindakan

Pemegang Amanah 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar), berkata tindakan perlu diambil terhadap penjawat awam yang didapati bertanggungjawab bagi salah laku yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.
Beliau berkata, hasil laporan itu jelas menunjukkan bahawa prinsip utama integriti dan tadbir urus yang betul tidak diamalkan dengan berkesan oleh jabatan dan agensi terlibat.
"Kawalan dalaman dan sistem audit sedia ada mesti dikaji semula secara menyeluruh bagi menghapuskan kelemahan dan, jika perlu, sistem pengurusan risiko juga perlu dikaji.
"Terdapat juga keperluan untuk menggalakkan tip daripada pemberi maklumat dan aduan daripada pegawai yang jujur dan dedikasi yang boleh membantu memerangi salah laku dalam mana-mana jabatan dan agensi kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata, keputusan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti Laporan Ketua Audit Negara, menangani isu berkenaan dan mengenalpasti semua yang bertanggungjawab, adalah langkah betul kerana ia selaras dengan apa yang perlu dilakukan oleh sebuah kerajaan bertanggungjawab. Bernama, 8 Oktober, 2013.
Sumber: KLIK SINI

09/10/2013

HUSAM MUSA KELUAR PAS ???


Persidangan Dun Kelantan yang masuk hari ketiga hari ini panas seketika apabila bekas anggota Exco kanan Datuk Husam Musa bertegang urat dengan beberapa anggota Exco negeri ketika sesi penggulungan.  

Pada satu ketika Husam (Pas-Salor) yang mempertahankan beberapa kenyataannya semalam yang menyentuh mengenai kepincangan kerajaan negeri kelihatan berang apabila beberapa anggota Exco berkenaan menafikan berlakunya penyelewengan dan salah tadbir.

Anggota Exco berkenaan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad; dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan segala dakwaan Husam itu sangat serius dan tidak benar sama sekali.

Husam yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan yang kelihatan kecewa dengan serangan itu beberapa kali bangun untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Berita selanjutnya: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...