Translate

10/10/2013

Penjawat awam cuai perlu dikenakan tindakan

Pemegang Amanah 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar), berkata tindakan perlu diambil terhadap penjawat awam yang didapati bertanggungjawab bagi salah laku yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.
Beliau berkata, hasil laporan itu jelas menunjukkan bahawa prinsip utama integriti dan tadbir urus yang betul tidak diamalkan dengan berkesan oleh jabatan dan agensi terlibat.
"Kawalan dalaman dan sistem audit sedia ada mesti dikaji semula secara menyeluruh bagi menghapuskan kelemahan dan, jika perlu, sistem pengurusan risiko juga perlu dikaji.
"Terdapat juga keperluan untuk menggalakkan tip daripada pemberi maklumat dan aduan daripada pegawai yang jujur dan dedikasi yang boleh membantu memerangi salah laku dalam mana-mana jabatan dan agensi kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata, keputusan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti Laporan Ketua Audit Negara, menangani isu berkenaan dan mengenalpasti semua yang bertanggungjawab, adalah langkah betul kerana ia selaras dengan apa yang perlu dilakukan oleh sebuah kerajaan bertanggungjawab. Bernama, 8 Oktober, 2013.
Sumber: KLIK SINI

09/10/2013

HUSAM MUSA KELUAR PAS ???


Persidangan Dun Kelantan yang masuk hari ketiga hari ini panas seketika apabila bekas anggota Exco kanan Datuk Husam Musa bertegang urat dengan beberapa anggota Exco negeri ketika sesi penggulungan.  

Pada satu ketika Husam (Pas-Salor) yang mempertahankan beberapa kenyataannya semalam yang menyentuh mengenai kepincangan kerajaan negeri kelihatan berang apabila beberapa anggota Exco berkenaan menafikan berlakunya penyelewengan dan salah tadbir.

Anggota Exco berkenaan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad; dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan segala dakwaan Husam itu sangat serius dan tidak benar sama sekali.

Husam yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan yang kelihatan kecewa dengan serangan itu beberapa kali bangun untuk mempertahankan kenyataannya itu.

Berita selanjutnya: KLIK SINI

08/10/2013

NEGARA BERMASALAH UNTUK MEMENUHI KOUTA DR GIGI ???

Negara perlu 10,000 doktor gigi


KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 orang pengamal perubatan dalam bidang rawatan pergigian sebagai usaha untuk mencapai nisbah seorang doktor untuk 3,000 penduduk menjelang tahun 2020.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pada masa ini terdapat seramai 4,558 pengamal perubatan dalam bidang berkenaan berkhidmat di klinik-klinik dan hospital kerajaan serta swasta di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, menurut beliau, sebanyak 58 peratus daripada mereka berkhidmat dengan kerajaan, manakala 42 peratus lagi berkhidmat dengan pihak swasta.

SPRM buka 15 kertas siasatan - wujud salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan.

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka 15 kertas siasatan, susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 pada 1 Oktober lalu. 

Satu pasukan khas juga sudah ditubuhkan suruhanjaya itu bersama Jabatan Audit Negara bagi membentangkan hasil siasatan, pelan tindakan dan cadangan tindakan susulan. 

SPRM juga sudah mengadakan perbincangan dengan jabatan berkenaan bagi mendapatkan maklumat untuk mempercepatkan siasatan dan tindakan sewajarnya. 

Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali, berkata siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan tindakan akan diambil sekiranya mendapati wujud salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan. 

Sumber: KLIK DISINI

07/10/2013

TONY PUA PERLU DIAMBIL TINDAKAN DIBAWAH AKTA PENCEGAHAN JENAYAH (PCA)

Keceluparan serta sikap kurang ajar TONY PUA perlu diberi pengajaran, agar mereka-mereka yang lain tidak sesuka hati mengeluarkan kata-kata kesat yang menyinggung mana-mana Agensi Kerajaan atau badan-badan tertentu, demi untuk mengembalikan maruah serta kedaulatan undang-undang yang cuba di CABAR oleh SI BARUA-BARUA ini.


KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.
   
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.
   
"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.
   
Hari ini, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Tony. - Bernama

06/10/2013

Mukhriz sambut baik calon Naib Presiden UMNO berbahas


Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyambut baik cadangan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam supaya semua calon naib presiden ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, sekiranya ibu pejabat UMNO bersetuju forum seumpama itu diadakan, beliau sedia menyertainya.

Beliau berkata, ia boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.

"Kalau difikirkan bahawa satu forum melibatkan keenam-enam calon wajar diadakan, maka saya bersedia menyertainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, malam tadi.

05/10/2013

Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2013 Sirkit 3 di Bukit Mawi, Marang


Marang: Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2013 Sirkit 3 di Bukit Mawi di sini, mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan lasak apabila lebih 1,000 peserta membuat pendaftaran di dewan Majlis Daerah Marang, di sini, semalam.
Jumlah itu sekali gus mencapai sasaran yang sebelum ini hanya menyasarkan seramai 1,000 peserta berbanding dua lokasi sebelum ini, Putrajaya bagi Sirkit 1 dan Kellie’s Castle, Perak bagi Sirkit 2 dengan penyertaan melebihi 1,500 peserta.
Peringkat awal pihak penganjur menjangka penyertaan kurang daripada 1,000 orang tetapi jumlah itu meningkat pada hari pendaftaran apabila ramai peserta yang membuat penyertaan secara ‘walk in’.

04/10/2013

SIFAT TAMAK TANGGUNG PADAHNYA !!!!!

Mati pun masih dapat bantuan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012: Negeri Sembilan arah waris pulang RM45,350

Seremban: Semua waris 40 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Negeri Sembilan yang meninggal dunia sejak 2008 hingga tahun lalu, tetapi masih menerima bantuan bulanan diminta memulangkan wang berkenaan. 

Ia membabitkan RM45,350 yang dibayar kepada 15 orang yang meninggal antara 2008 hingga 2011 dan baki 25 meninggal dunia tahun lalu. 

Laporan Ketua Audit Negara 2012 kelmarin mendedahkan bantuan kebajikan terus dibayar kepada 145 penerima yang sudah meninggal di Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan. 

42 Mati, 1,640 Cedera Diserang Tebuan Di Timur Laut China


BEIJING, 3 Okt (Bernama) -- Sejumlah 42 orang maut dan 1,640 cedera akibat diserang tebuan di Wilayah Shaanxi di timur laut China sejak Julai, kata pihak berkuasa kesihatan China pada Khamis.

Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan berkata 206 mangsa dimasukkan ke hospital akibat serangan itu.

Bagaimanapun, punca serangan belum dapat disahkan.

Agensi berita Xinhua melaporkan satu garis panduan berhubung kaedah diagnosis dan rawatan bagi mangsa serangan tebuan telah dikeluarkan, manakala agensi tempatan digesa mematuhi prosedur ditetapkan serta memastikan pesakit mendapat rawatan segera.

Agensi kesihatan tempatan digesa menyelaraskan respons berhubung serangan tebuan dengan jabatan pertanian, perhutanan dan bomba, termasuk membunuh serangga berbisa itu di kawasan padat penduduk.

Selain Wilayah Shaanxi, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan negara ini juga melaporkan kejadian serangan tebuan antara Julai dan September.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...