Translate

03/10/2013

HARGA ROKOK MAHAL, SELUDUP ROKOK MENINGKAT KENAPA ???

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Kastam 1967 mungkin akan dipertimbangkan bagi mengenakan hukuman penjara mandatori atas kesalahan menyeludup dan penjualan rokok seludup.

Hukuman yang lebih berat itu, adalah antara cadangan Kastam Diraja Malaysia bagi menangani aktiviti penyeludupan rokok yang dilapor menyebabkan negara kerugian kira-kira RM1.9 bilion cukai, tahun lepas.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata turut dicadangkan ialah pelaksanaan Program Transformasi Penguatkuasaan (PTP) iaitu rondaan mesra, pejabat kastam bergerak dan Sahabat Kastam bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membanteras barang seludup.
   

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Ditahan Seleweng RM100,000 Wang Dana

PUTRAJAYA 1 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ahli lembaga pengarah Persatuan Nelayan kawasan Kota Marudu dan Pitas, Sabah kerana dipercayai menyeleweng dana transformasi nelayan berjumlah RM100,000 sejak tiga tahun lalu.

Menurut jurucakap SPRM, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu pagi ini sejurus selesai disoal siasat oleh pegawai SPRM.

"Suspek dipercayai menyeleweng wang berjumlah RM100,000 daripada RM200,000 dana yang diberikan kepada persatuan berkenaan sejak 2009. Penahanan ini dilakukan hasil maklumat orang ramai.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang," katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, suspek dijangka akan di dakwa di mahkamah secepat mungkin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Jalil Jaafar ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

01/10/2013

Lapan ditahan bantu siasatan sindiket rasuah pukat tunda - SPRM


PUTRAJAYA: Lapan lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai kes rasuah nelayan asing membabitkan penggunaan pukat tunda secara haram di perairan negara. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata SPRM telah memantau perkara itu sejak kes itu dilaporkan tahun lepas dan setakat ini sejumlah RM1.2 juta wang tunai untuk tujuan merasuah dirampas. 

Beliau berkata masing-masing dua orang ditangkap di Kuala Lumpur; Kota Tinggi, Johor; Kuantan, Pahang; dan di Kota Baharu, Kelantan. 

Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 35 hingga 60 tahun dan kini direman antara empat hingga enam hari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

DAP TETAP PARTI CINA ???

Seperti diduga, keputusan pemilihan juga dilihat tidak mencerminkan DAP sebuah parti berbilang kaum apabila pemimpin Melayu dan India terus terpinggir. Ia berikutan hanya seorang calon Melayu dan seorang calon India berjaya menduduki kerusi CEC.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang menduduki tangga ke-12 dengan 1,132 undi dan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang mendapat 1,088 undi untuk menduduki tempat ke-15.

Daripada 49 calon yang bertanding ia melibatkan penyertaan tujuh calon Melayu dan 11 calon India.

Bagaimanapun kejayaan Zairil sudah diduga memandangkan, dalam pemilihan lalu beliau diisytiharkan menduduki tempat ke-20, selepas DAP secara tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi. Ketika pemilihan asal Zairil menduduki tempat ke-39.

Selain itu, ramai pemerhati politik melihat biar pun Chin Tong menduduki tempat pertama dalam pemilihan kali ini, ia dilihat tidak membawa apa-apa makna dalam usaha menyekat penguasaan ‘Dinasti Lim’ yang dikaitkan dengan Guan Eng dan Kit Siang.

Apatah lagi tiga daripada lima pemimpin yang digelar ‘lima harimau’ yang didakwa tidak senang dengan pucuk pimpinan DAP menduduki tangga tercorot.
Mereka ialah Boo Cheng Hau yang berada di kedudukan 18, Nga Kor Ming (19) dan Ngeh Koo Ham (20). Dua lagi pemimpin yang turut berada dalam kumpulan tersebut ialah Chow Kon Yeow dan Teng Chang Khim.

Kon Yeow yang menduduki tempat ke-13 dalam pemilihan lalu berjaya menduduki tempat kelapan manakala Chang Kim yang sebelum ini berada di kedudukan kesembilan, kini menduduki tempat ke-10.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Sumber: utusanmalaysia

30/09/2013

TOK GURU MASIH HIDUP, TAPI BARANGAN MILIKNYA TELAH DILELONG !!!!

Tongkat Tok Guru RM15,000
Tok Guru belum meninggal lagi barangannya telah dilelong ????
Kenapalah jadi begini kepada pengikut-pengikut PAS Kelantan ???? Kebiasaannya barangan dilelong setelah pemiliknya meninggal dunia, tapi ini lain pulak ceritanya.

KOTA BHARU - Hasrat seorang usahawan terkemuka negeri ini memiliki koleksi peribadi bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi kenyataan apabila berjaya membida salah satu tongkat kesayangan tokoh ulama itu pada harga RM15,000.

Tongkat tersebut dilelong bermula dengan harga RM500.

Abdullah Beeran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Seri MH Ummi Sdn Bhd berkata, beliau sudah lama menyimpan impian untuk memiliki koleksi peribadi Nik Abdul Aziz yang juga gurunya.

“Rezeki saya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki koleksi peribadi Tok Guru (Nik Abdul Aziz), akhirnya peluang itu datang hari ini (kelmarin),” katanya ketika ditemui di lokasi jualan di pekarangan Tesco di sini, kelmarin.

Beliau yang juga antara anak murid Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak berhasrat menjual tongkat tersebut, sebaliknya menjadikan ia koleksi peribadinya sebagai tanda penghormatan terhadap gurunya.

Selain itu katanya, antara tujuan utama beliau membida koleksi peribadi Tok Guru itu adalah sebagai medium untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini baru-baru ini.

PERLANTIKAN KONTRAKTOR "CAP AYAM" ???

Gara-gara perlantikan Kontraktor "CAP AYAM" lah yang berpunca daripada beberapa buah bangunan di Terengganu RUNTUH. Sungguh memalukan...

Manakala Jabatan Kerja Raya pula janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak. Jika ianya telah ditentukan berkualiti, maka tidak lah berlaku perkara-perkara sebegini rupa.

Alhamdullilah tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian-kejadian yang berlaku.

Kontraktor yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya dan dituduh di Mahkamah bagi pengajaran kepada kontraktor yang lain, agar mengulangi perkara sedemikian.




29/09/2013

SAMPAI TUA LA LU KARPAL, CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!!!

ALASAN KARPAL SINGH  takkan undur selagi PR gagal jadi kerajaan.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur dari politik selagi Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan Pusat.

Pemimpin veteran DAP itu tidak menolak kemungkinan yang beliau akan terus kekal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
    
"Saya tidak akan undur dan bersara dalam waktu terdekat. Memang hasrat saya untuk menyerahkan kepimpinan kepada generasi muda. Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti.  
    
"Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda," katanya pada sidang media di Kongres Khas DAP di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Karpal, 73, berkata, beliau dan kepimpinan generasi lama dalam parti itu termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang, 72, perlu berundur bagi memberi laluan kepada generasi muda untuk menerajui parti itu.

Kerjaya politik Karpal, seorang peguam, bermula pada 1970 apabila beliau menyertai parti itu.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1974, dan mula menjadi anggota parlimen Jelutong, Pulau Pinang pada 1978.
Karpal gagal mempertahankan kawasan Jelutong yang dipegang melebihi 20 tahun pada Pilihan Raya Umum 1999.

Sejak 2004, Karpal menjadi wakil rakyat bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan memegang jawatan sebagai Penasihat DAP pada tahun yang sama.  - Bernama

28/09/2013

MAT SABUN MEMPERTAHANKAN PKR KERANA BELIAU ANAK DIDIK USTAZ NUAR

Kaji balik hubungan Pakatan Rakyat kerja kurang bijak, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan untuk mengkaji balik hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan 'kurang bijak'.
"Bagi saya bercerai dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang satu perkara yang tidak baik. Istana yang kita bina sejak sekian lama, tiba-tiba kita nak runtuhkan begitu saja. Ini tindakan paling kurang bijak," katanya.
Mohamad berkata demikian dalam wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Beliau mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mencadangkan PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan parti dalam Pakatan khasnya dengan PKR.
Cadangan Haron itu kemudiannya dijadikan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini.
Mohamad berkata, PAS sudah bekerja sejak sekian lama untuk mendapatkan undi orang bukan Islam khasnya Cina dan India di negara ini.
Ini kerana, katanya, PAS memerlukan undi mereka bagi membolehkan PAS menang dalam pilihan raya kerana ia berdasarkan undi popular.
"Kita sakit kepala setiap kali pilihan raya untuk menang kerana ia berdasarkan undi popular atau undi orang ramai.
"Jadi, kita akan tolak kawasan pilihan raya yang mempunyai peratusan orang bukan Melayu lebih 20 peratus kerana tahu tidak akan menang," katanya bercerita mengenai bagaimana PAS berjuang untuk mendapatkan undi mereka sebelum ini.
Katanya, sejak 2008, suasana itu sudah berubah iaitu orang Cina dan India sudah tidak takut menyokong PAS hasil kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan pendekatan lain yang dibuat oleh PAS.
Baca lagi DISINI

INGAT LAH KEMBALI APA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH DATO' HARUN TAIB

27/09/2013

KEHADIRAN WARGA NIGERIA PERLU DIBERI PERHATIAN SERIOUS

KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS DAN JANGAN DILIHAT DARI SUDUT PELANCUNGAN.

KEHADIRAN MEREKA-MEREKA INI KE NEGARA KITA MEMBAWA MASALAH YANG SANGAT BESAR DAN SERIOUS.

3 CUBAAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH TUMPAS 

Bukit Aman, 26 Sept – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya mematahkan tiga cubaan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pintu masuk negara ini dengan tertangkapnya 4 orang ahli sindiket yang terdiri daripada seorang lelaki warga Nigeria, seorang wanita warga Thailand serta pasangan lelaki dan wanita tempatan.


Ketiga-tiga tangkapan telah dilakukan di mana dua tangkapan dijalankan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang dan satu tangkapan di sebuah bilik hotel di Sepang.

Sejumlah 9.16 kg syabu dan 495 gram kokain telah berjaya dirampas dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 1.5 juta.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 sehingga 31 tahun telah direman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.

Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur

Ketua Pemuda PAS kalah pemilihan parti di kawasan sendiri

Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan (gambar) dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...