SEGAMAT - Kira-kira 30 peratus penduduk dewasa di kawasan luar bandar
negeri ini enggan menjalani saringan di klinik kesihatan dan hospital kerana
takut mengetahui keadaan sebenar kesihatan mereka.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Khairi Yaacob berkata, mereka memberi alasan tidak mahu menjalani saringan itu kerana takut tidak lalu makan jika mengetahui mereka menghidap penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

"Mereka lebih rela tidak mengetahui keadaan sebenar kesihatan diri
masing-masing kerana takut tidak lalu makan jika tahu mereka menghidap
penyakit," katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan timbalan beliau, Dr
Fatimah Othman pada perasmian kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat
peringkat Parlimen Segamat hari ini.