Translate

21/09/2013

BETUL TAK : DAP BERSELINDUNG DISEBALIK MCA ????

Isu Chin Peng: MCA jangan bagi orang Melayu marah

Gesaan parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang mahu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia ditolak oleh Persatuan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa).
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata kebanyakan pejuang negara yang terbunuh mempertahankan negara adalah dibunuh oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng.
"Jangan bagi orang Melayu marah. Kebanyakan yang terbunuh adalah orang Melayu, tidak kurang juga kaum Cina.
"MCA sibuk sangat nak bawa balik abu mayat Chin Peng tu, kenapa? Hormati perasaan orang hidup.

20/09/2013

PENCEROBOHAN BOT PUKAT TUNDA KUANTAN DIPERAIRAN PULAU KAPAS


Marang 19/09/2013: Beberapa hari yang lalu kita telah digemparkan dengan dakwaan bot nelayan Vietnam melepaskan tembakan ke arah bot nelayan tempatan juga adalah tidak benar, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam sebaliknya bot nelayan tempatan didakwa melontar bom molotov ke arah bot nelayan Vietnam itu dikawasan perairan Kuantan.

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku di perairan Pulau Kapas, Marang dimana bot-bot Pukat Tunda dipercayai didaftarkan di Kuantan telah mencerobohi kawasan perairan Pulau Kapas dengan jarak yang tidak sepatutnya dilakukan.

Selain daripada itu bot-bot tersebut juga telah memusnahkan unjang-unjang serta bubu para nelayan pantai dengan begitu rakus sekali, tanpa memperdulikan kehilangan mata pencarian bagi nelayan kecil, yang rata-rata merasa begitu marah sekali diatas pencerobohan tersebut.

19/09/2013

TUN MAHATHIR: MAYAT CHIN PENG HARUS KEKAL DI BANGKOK

Chin Peng
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia adalah yang terbaik mayat Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, untuk kekal di Bangkok kerana cuba untuk membawa ke Malaysia akan membuat banyak rasa tidak puas hati dan kemarahan.

Dr Mahathir berkata: "Sejak dia meninggal dunia di sini (di Bangkok) dan sedang dibakar di sini, jenazah beliau juga harus kekal di sini."

Beliau berkata, jika mayat Chin Peng itu akan dibawa balik ke Malaysia, ia akan mewujudkan banyak kemarahan di kalangan orang-orang yang ahli keluarga mangsa kekejaman beliau.

"Mengapa membuat apa-apa masalah? Hanya meninggalkan mayat di sini," kata Dr Mahathir dalam satu temu bual di sini.

Dr Mahathir tiba di Bangkok lewat Ahad dan berada di sini untuk menerima ijazah Doktor Kehormat Sastera dalam pengurusan awam dan swasta yang sedang diberikan oleh ternama Christian University of Thailand.

Selain daripada itu, beliau juga di sini atas jemputan lain institusi Thailand berprestij, Universiti Thammasart, untuk menghadiri persidangan antarabangsa mengenai "Menilai Kesediaan Asean mengikut Negara: Peluang, Kebimbangan dan Prepareness arah AEC 2015" di mana beliau menyampaikan ucaptama . 

18/09/2013

Datuk Harun Taib kecewa dengan keputusan DS Hadi Awang !!!!

Abdul Hadi: Pas kekal bersama PR


KUALA LUMPUR - Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat walaupun Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat.

"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.

INI KAH ORANG YANG PANDAI BERCAKAP UNTUK MENYELAMATKAN UMNO ????


KAK IJAT TARIK DIRI LAH DARIPADA BERTANDING KETUA WANITA. TERLALU BANYAK BERMASALAH.....MEMALUKAN UMNO SAJA.

UTRAJAYA 17 Sept. - Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 selepas ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Beliau yang bergelar Datuk ditahan sejak Jumaat lalu oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan Program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Individu terbabit dibawa keluar dari ibu pejabat SPRM ke Kompleks Mahkamah di sini dengan bergari pada pukul 8.38 pagi. - UTUSAN ONLINE

17/09/2013

APA DAH JADI DENGAN UMNO PULAU KERENGGA, MARANG ????


Sehingga ke hari ini, masih lagi berlaku kepincangan-kepincangan yang sangat memalukan dilakukan sendiri oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.


Kejadian berulang kembali pada 11/09/2013


16/09/2013

PEMIMPIN YANG TEGAS - NEGARA SELAMAT

Zon keselamatan digazetkan

Kota Bharu: Kerajaan bercadang menggazetkan kawasan sepanjang 121 kilometer (km) di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang aktiviti penyeludupan senjata dan dadah yang masuk melalui Sungai Golok.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu perlu dilakukan segera kerana kerajaan memandang serius dalam menangani soal keselamatan, khususnya di Kelantan.
Katanya, kawasan yang digazetkan itu akan dijadikan zon keselamatan, iaitu kewujudan pangkalan haram bakal dihapuskan selain memperlihatkan pertambahan bilangan anggota polis yang melakukan pengawasan.

MAT JUSOH BERUNDUR SECARA TERHORMAT ????



SETIAUSAHA POLITIK MB MENANG TANPA BERTANDING PRESIDEN BOLA SEPAK TERENGGANU

Tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kemaman, Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid=kerana dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang baru.
Dengan pemilihan tersebut, maka tamatlah spekulasi siapa Presiden PBSNT yang baru kerana kini jawatan itu sah menjadi milik Presiden Dato’ Wan Ahmad Nizam. Dato’ Wan Ahmad Nizam adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said menang tanpa bertanding.

Beliau dipilih menerajui persatuan tersebut bagi menggantikan Datuk Che Mat Jusoh yang telah menyandang jawatan itu selama lebih 14 tahun sebelum ini.

Perkara tersebut diumumkan dalam Kongres Tahunan Luar Biasa PBSNT 2013 yang turut menyaksikan Naib Presiden PBSNT yang juga pengurus pasukan Terengganu, Marzuki Sulong dilantik sebagai Timbalan Presiden yang baharu menggantikan Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof yang meletakkan jawatannya pada 25 Jun lalu.

Menurut Dato' Wan Ahmad Nizam menerusi ucapan yang diwakilkan kepada Marzuki, beliau berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menduduki kerusi panas tersebut.

Sumber:teganukita KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...