SALAH satu perkara yang amat saya tekankan
semasa mentadbir Kelantan ialah ketelusan di dalam pemberian tender.
Seringkali saya berpesan kepada anggota exco, mentadbir negeri ini ialah
amanah daripada ALLAH SWT.
Jangan perlakukan negeri seperti hak kita anak beranak. Jika pun kita
terlepas dari proses audit di dunia, kita tidak mungkin terlepas dari proses
audit di akhirat.
Di Kelantan, saya tidak pernah meletakkan kriteria seseorang itu perlu
menjadi ahli Pas terlebih dahulu sebelum mendapat apa-apa tender.
Sepanjang pentadbiran saya di Kelantan, seingat saya Jambatan Lepan Pari
yang berada di dalam Dun saya iaitu Chempaka pernah dianugerahkan projek
pembinaannya kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh ahli Umno.