Translate

11/09/2013

PAS DAN SYIAH APA BEZANYA ???


Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan kewujudan 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga markas, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri. 

KALAU MENANG MENGAUM, TAPI KALAU KALAH..MACAM2 SUMPAH SERANAH ??

HARIMAU 'NGAUM' KE FINAL
Kuantan: Malaysia mara ke final Pestabola Merdeka selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol di babak pertama sebelum menewaskan Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. 

Malaysia sepatutnya mendahului babak pertama selepas menguasai hampir keseluruhan 45 minit permainan dengan beberapa peluang keemasan dicipta termasuk satu gol yang tidak dikira, namun kealpaan seketika benteng negara memberikan Myanmar satu gol sebelum rehat. 

10/09/2013

POK NIK AJIZ: DAH LAH SAKIT, NOK TUDUH UMNO LAGI ???

SALAH satu perkara yang amat saya tekankan semasa mentadbir Kelantan ialah ketelusan di dalam pemberian tender.

Seringkali saya berpesan kepada anggota exco, mentadbir negeri ini ialah amanah daripada ALLAH SWT. 

Jangan perlakukan negeri seperti hak kita anak beranak. Jika pun kita terlepas dari proses audit di dunia, kita tidak mungkin terlepas dari proses audit di akhirat. 

Di Kelantan, saya tidak pernah meletakkan kriteria seseorang itu perlu menjadi ahli Pas terlebih dahulu sebelum mendapat apa-apa tender.

Sepanjang pentadbiran saya di Kelantan, seingat saya Jambatan Lepan Pari yang berada di dalam Dun saya iaitu Chempaka pernah dianugerahkan projek pembinaannya kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh ahli Umno.

09/09/2013

KENAPA LAH PAS MASIH TAK SEDAR DIRI LAGI ?????

dap-tuan-besar-pas-pkr

Selepas PRU 13… Pas Makin Dipasungkan Pakatan Pembangkang

Tindak tanduk Pas ketika ini yang seperti orang segan silu atau takut-takut untuk membuat kenyataan dan pendirian terhadap beberapa isu memperjelaskan lagi kedudukan Pas yang telah dipasungkan dalam pakatan pembangkang.
Ini boleh diperhatikan dalam isu kalimah Allah, filem Tanda Putera, tindakan mengibar bendera Sang Saka Malaya dan beberapa isu lain lagi
pas-arah-calon-che-long-tutup-mulut-media-cakap-lepas
Mengulas perkara berkenaan Pengerusi Biro Perhubungan NGO Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Suffian Awang berkata tindak tanduk Pas itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam perjuangan negara Islam dan hudud yang sebelum ini Pas tidak berdaya pertahankan inikan pula isu-isu seumpama itu.
“Kalau soal maruah dan prinsip perjuangan parti pun Pas tak berani pertahankan inikan pula isu-isu terbaru. Kalau kita nak umpamakan Pas ini begitulah yang kita boleh katakan.
“Jadi dalam pakatan pembangkang yang pegang kunci pasung itu itu adalah PKR dan DAP”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya menambah Pas sebenarnya sudah terperangkap dalam jerat yang dipasang rakan-rakan pakatannya hingga setiap tindak tanduk mereka dikawal sepenuhnya.
“Pas bukan saja takut-takut untuk membuat kenyataan atau pendirian malah mereka juga boleh pusing cakap sekiranya apa yang mereka nyatakan itu mendapat teguran PKR dan DAP.
“Apa yang sedang berlaku ketika ini termasuklah pencapaian Pas dalam pilihanraya umum lalu ternyata Pas tidak mendapat sebarang keuntungan dalam pakatan. Ini tidak jauh bezanya seperti kisah Lebai Malang”, ujarnya. -MediaUMNO

08/09/2013

Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan menurunkan harga patrol dan disel ??

Gambar hiasan
Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak patrol dan disel dalam tempoh jangka masa terdekat ????

Himpunan haram: Polis Kelantan tahan 4 lelaki

KOTA BHARU 8 Sept. - Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

07/09/2013

NIK AZIZ MULA SEDAR DARI MIMPI ????

Nik Aziz mahu ulama dipilih menjadi Tim. Presiden Parti.

KOTA BHARU 6 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap perwakilan Pas memilih ulama menjadi Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan kepemimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 bermula 22 November ini.

Nik Abdul Aziz berkata, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau secara peribadi mahu 'orang ulama' menduduki kerusi Timbalan Presiden.

Beliau yang mengakui mempunyai pilihan sendiri untuk bertanding ke kerusi itu bagaimanapun tidak mahu menyebut nama calon pilihannya dan menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) Timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi Timbalan.

Bersambung lagi DISINI

POLIS OPS CANTAS - PEROMPAK OPS KEBAS ????

Gambar hiasan

Perompak larikan mesin ATM berisi RM160,000

JOHOR BAHRU 6 Sept. - Sekumpulan lima lelaki bertopeng melarikan mesin juruwang automatik (ATM) yang dipercayai berisi RM160,000 di sebuah stesen minyak di Kempas di sini pada 4 pagi tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Azizan Anan berkata, para penjenayah menggunakan trak penunda bagi menarik mesin tersebut.

"Suspek didapati memecahkan cermin pintu hadapan premis stesen minyak itu sebelum menyambung kabel pada mesin itu dan menariknya dengan alat penarik kabel yang terdapat pada trak penunda tersebut.

"Mesin ATM itu kemudiannya dimuatkan di atas kenderaan pacuan empat roda sebelum dibawa lari," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu seorang lelaki yang tidak menyangka kejadian itu dan singgah untuk membeli rokok telah disamun oleh kumpulan terbabit. - BERNAMA


06/09/2013

NEGARA SYRIA TERKINI: AKIBAT PEPERANGAN SAUDARA

Kenapa negara Islam mudah 'dirasuk'?

KEINGINAN Israel untuk menjadi kuasa terkuat di rantau negara Arab dengan meletakkan sasaran menguasai telaga minyak hampir berjaya, kini Israel berusaha pula untuk menjatuhkan kepimpinan Islam yang baru ditegakkan semula di Turki.

Syria sedang mengalami kehancuran akibat rusuhan pemberontak yang dibantu oleh kuasa-kuasa Barat bagi menghancurkan kepimpinan Bashar al-Assad, yang juga dilihat salah satu kuasa terkuat selepas ketiadaan Muammar Gaddafi.

05/09/2013

MALAYSIA PERLU IKUT UNDANG2 VIETNAM BERKAITAN INTERNET ???

Vietnam larang warga kongsi dan bincang berita


VIETNAM telah menguatkuasakan satu undang-undang yang melarang warganya daripada berbincang mengenai berita ehwal semasa di Internet.
Menurut undang-undang yang juga dikenali sebagai Decree 72 itu, warga Vietnam tidak boleh berkongsi rencana berita di blog dan laman web sosial mereka, tetapi hanya boleh berkongsi maklumat peribadi sahaja.
Di bawah undang-undang yang telah menimbulkan kontroversi itu, server setempat syarikat Internet asing juga perlu berada dalam Vietnam sahaja.
Pelbagai syarikat Internet, kumpulan hak asasi manusia dan pemerintah Amerika Syarikat juga telah mengkritik undang-undang itu sejak ia diperkenalkan.
Vietnam merupakan sebuah negara komunis satu parti dan pihak berkuasanya masih mengawal media setempat dengan ketat.

ADAKAH PERLU PENYENARAIAN NAMA KETUA KONGSIGELAP DIUMUMKAN ???

Gambar hiasan

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.
Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini. 
Katanya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini 
dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui di sini, tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...