Translate

06/09/2013

NEGARA SYRIA TERKINI: AKIBAT PEPERANGAN SAUDARA

Kenapa negara Islam mudah 'dirasuk'?

KEINGINAN Israel untuk menjadi kuasa terkuat di rantau negara Arab dengan meletakkan sasaran menguasai telaga minyak hampir berjaya, kini Israel berusaha pula untuk menjatuhkan kepimpinan Islam yang baru ditegakkan semula di Turki.

Syria sedang mengalami kehancuran akibat rusuhan pemberontak yang dibantu oleh kuasa-kuasa Barat bagi menghancurkan kepimpinan Bashar al-Assad, yang juga dilihat salah satu kuasa terkuat selepas ketiadaan Muammar Gaddafi.

05/09/2013

MALAYSIA PERLU IKUT UNDANG2 VIETNAM BERKAITAN INTERNET ???

Vietnam larang warga kongsi dan bincang berita


VIETNAM telah menguatkuasakan satu undang-undang yang melarang warganya daripada berbincang mengenai berita ehwal semasa di Internet.
Menurut undang-undang yang juga dikenali sebagai Decree 72 itu, warga Vietnam tidak boleh berkongsi rencana berita di blog dan laman web sosial mereka, tetapi hanya boleh berkongsi maklumat peribadi sahaja.
Di bawah undang-undang yang telah menimbulkan kontroversi itu, server setempat syarikat Internet asing juga perlu berada dalam Vietnam sahaja.
Pelbagai syarikat Internet, kumpulan hak asasi manusia dan pemerintah Amerika Syarikat juga telah mengkritik undang-undang itu sejak ia diperkenalkan.
Vietnam merupakan sebuah negara komunis satu parti dan pihak berkuasanya masih mengawal media setempat dengan ketat.

ADAKAH PERLU PENYENARAIAN NAMA KETUA KONGSIGELAP DIUMUMKAN ???

Gambar hiasan

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.
Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini. 
Katanya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini 
dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui di sini, tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap. 

04/09/2013

Empat Anggota Polis Antara Sembilan Ditahan Berhubung Kes Tahanan Lolos

SEREMBAN, 3 Sept (Bernama) -- Empat anggota polis antara sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan insiden seorang tahanan kes dadah meloloskan diri daripada kawalan polis di Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata empat anggota polis berumur 24 dan 50 tahun, terdiri koperal dan konstabel bertugas di Balai Polis Nilai ditahan semalam. Mereka kini ditahan reman.

"Kita turut menahan empat wanita dan seorang lelaki berumur 21 dan 30-an pada hari yang sama (semalam) bagi membantu siasatan kes ini. Mereka ditahan di sebuah rumah sewa di Taman College Height, Sikamat di sini. Ketika ditahan tiga daripada mereka didapati positif dadah berdasarkan ujian air kencing," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Kishminderjit Singh a/l Bahadar Singh, 39, dalam perjalanan dihantar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai ke penjara Simpang Renggam, selepas polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahannya mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

Bersambung dan KLIK DISINI

03/09/2013

Sasterawan Negara Tak Sedar Diri, perlu tarik balik anugerah yang diberi

INILAH YANG DIKATAKAN - "RUMAH KATA PERGI, KUBOR KATA MARI" tapi tak sedar diri juga. Mungkin juga telah berubah dan jadi begini "RUMAH KATA PERGI, KUBOR KATA NO ENTRY"...

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Sasterawan Negara yang juga aktivis Bersih, A. Samad Said diminta polis supaya menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya dalam satu program ceramah baru-baru ini.

Difahamkan, beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga individu dikehendaki bagi siasatan kes itu dan dua daripadanya iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Hishamudian Rais telah ditahan polis malam tadi. - UTUSAN ONLINE



02/09/2013

SENTUHAN KASIH BEKAS PELAJAR SMTP MUAR, JOHOR


Muar 01/09/2013 - 'Sentuhan Kasih' Alumni bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor bagi tahun 1966 hingga 1970 mecapai matlamatnya, dimana seramai 80 orang hadir dimajlis yang telah diatur, berlangsung di Mann Catering, Jalan Junid, Muar, Johor.

Majlis telah diadakan pada hari ini dalam suasana yang cukup ceria disamping kehadiran beberapa orang guru-guru yang mengajar pada ketika itu. Diantaranya ialah Dr. Faezah, Cikgu Kamaruddin, Cikgu Ahmad Omar, Cikgu Mohamad Omar, Uztaz Arshad Adnan, Cikgu Asri Sarwan, Cikgu Khamis, Cikgu Abdullah Othman dan Cikgu Rahim Omar.

Bekas-bekas pelajar begitu terharu diatas kehadiran cikgu-cikgu yang dikasihi, sudi hadir dimajlis yang dianjurkan.

31/08/2013

DAKWAAN RASUAH CEMARI PIALA MALAYSIA

PUTRAJAYA - Berhubung laporan media yang mendakwa rasuah kembali mencemari persaingan Piala Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memantau perkembangan tersebut dengan dekat, dan berharap mana-mana pihak yang ada maklumat wujudnya rasuah agar memberi kerjasama dengan melaporkan kepada SPRM untuk diambil tindakan sewajarnya.

SPRM akan menyiasat mana-mana kes yang ada unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

SPRM juga ingin memberi jaminan akan memberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat mengenai isu ini. Dan, sekiranya kes rasuah bola sepak ini dibawa ke mahkamah, SPRM juga akan memastikan saksi-saksi terbabit turut diberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...