Translate

02/09/2013

SENTUHAN KASIH BEKAS PELAJAR SMTP MUAR, JOHOR


Muar 01/09/2013 - 'Sentuhan Kasih' Alumni bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor bagi tahun 1966 hingga 1970 mecapai matlamatnya, dimana seramai 80 orang hadir dimajlis yang telah diatur, berlangsung di Mann Catering, Jalan Junid, Muar, Johor.

Majlis telah diadakan pada hari ini dalam suasana yang cukup ceria disamping kehadiran beberapa orang guru-guru yang mengajar pada ketika itu. Diantaranya ialah Dr. Faezah, Cikgu Kamaruddin, Cikgu Ahmad Omar, Cikgu Mohamad Omar, Uztaz Arshad Adnan, Cikgu Asri Sarwan, Cikgu Khamis, Cikgu Abdullah Othman dan Cikgu Rahim Omar.

Bekas-bekas pelajar begitu terharu diatas kehadiran cikgu-cikgu yang dikasihi, sudi hadir dimajlis yang dianjurkan.

31/08/2013

DAKWAAN RASUAH CEMARI PIALA MALAYSIA

PUTRAJAYA - Berhubung laporan media yang mendakwa rasuah kembali mencemari persaingan Piala Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memantau perkembangan tersebut dengan dekat, dan berharap mana-mana pihak yang ada maklumat wujudnya rasuah agar memberi kerjasama dengan melaporkan kepada SPRM untuk diambil tindakan sewajarnya.

SPRM akan menyiasat mana-mana kes yang ada unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

SPRM juga ingin memberi jaminan akan memberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat mengenai isu ini. Dan, sekiranya kes rasuah bola sepak ini dibawa ke mahkamah, SPRM juga akan memastikan saksi-saksi terbabit turut diberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

30/08/2013

PEYENARAIAN KUMPULAN KONGSIGELAP MASIH LAGI TIDAK TEPAT ???

Senarai kumpulan kongsigelap yang dipaparkan di KOSMO KLIK adalah tidak tepat, itu hanya sebahagian saja yang dipaparkan. 


Jika dirujuk kembali rekod lampau daripada Bahagian atau Unit Cawangan Kongsigelap/Maksiat dan Perjudian (D7) di negeri-negeri rasanya melebehi daripada carta yang telah dikeluarkan oleh KDN.

Nanti jangan sampai diketawakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak tersenarai.  Ini akan menunjukkan kelemahan siasatan yang dijalankan atau pihak Cawangan Pencegah Kongsigelap/Maksiat dan Perjudian (D7) tidak memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyenaraikan nama-nama kumpulan kongsigelap dalam usaha membenteras kegiatan-kegiatannya yang kian membusuk.

ATAU kumpulan-kumpulan yang lain tidak aktif ????? 

Kegiatan pelacuran serta perjudian dinegara ini juga didalangi oleh kumpulan kongsigelap, adakah ini tidak termasuk didalam kategori yang dikeluarkan oleh KDN ???

Atau mereka ini semua adalah 'THUG GENG' ??? KLIK

29/08/2013

ALANG-ALANG MENYELOK PERKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN !!

Polis buru 40,000 anggota kongsi gelap - Bakri.

Yang pentingnya kita laksanakan dengan penuh kejujuran/ikhlas serta berwibawa demi untuk mengembalikan imej serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Rakyat yang inginkan keselesaan serta keamanan sentiasa menyokong sepenuhnya segala tindak tanduk yang diambil oleh PDRM, untuk membenteras gegala yang kian membusuk ini.

Peranan serta penggembelingan tenaga pegawai dan anggota disetiap peringkat harus diperkukuhkan, jangan ada yang menjadi "TALAM DUA MUKA".

TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH.

28/08/2013

PAS KEMUKAN BANTAHAN KES LIWAT ANWAR UNTUK DIBICARAKAN SEMULA SECEPAT MUNGKIN


PAS PERLU MENGEMUKAKAN BANTAHAN UNTUK MENYEMAK SEMULA PERBICARAAN KES DS ANWAR IBRAHIM AGAR HUKUMAN SETIMPAL DAPAT DILAKSANAKAN - KERANA MENJATUHKAN IMEJ PAKATAN RAKYAT DAN UMAT ISLAM.

Persepsi rakyat bahawa institusi keadilan termasuklah Jabatan Peguam Negara dan mahkamah yang dikatakan tunduk kepada pimpinan politik tidak wajar dibiarkan berterusan dan ianya mesti dikikis. Tentunya ia perlu dilakukan bukan sekadar dengan pengumuman itu dan ini, melainkan diiringi dengan suatu tindakan yang mampu mengembalikan kepercayaan umum kepada system pentadbiran keadilan Negara. sambung di SUDUT HARAMKAH

Kenapa PAS takut untuk bersuara atau bersekongkol sama atau menyertui perbuatan terkutuk yang dilakukan sepertimana MAT SABUN, MUSTAFFA SELUAR DALAM dan ramai lagi.....?????


'AH JIB GOR' EDAR TANGLUNG PERCUMA, KENAPA TIDAK ADA KURMA PERCUMA ???

NAJIB sayang sangat dengan masyarakat Cina, sanggup mengedarkan 'Tanglung' percuma sempena perayaan 'Kuih Bulan' pada 19 Sept. 2013 akan datang.

KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Kuih Bulan yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 19 September depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengedarkan tanglung khas secara percuma untuk peminatnya menerusi laman Facebooknya 'Ah Jib Gor' mulai hari ini. 

"Sempena menyambut perayaan tradisional yang bermakna ini, kami telah mereka bentuk tanglung khas dan akan mengedarkannya secara percuma," menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook itu. 

Setiap peminat hanya boleh mendapatkan dua Tanglung. Peminat-peminat hanya perlu mengisi butiran peribadi seperti nama penuh, alamat rumah serta e-mel pada ruangan yang disediakan di laman berkenaan. 

27/08/2013

TINDAKAN BERSEPADU DAN BERTERUSAN PASTI MENCAPAI KEJAYAAN

Setiap unit yang bertindak untuk membenteras JENAYAH KEKERASAN dan DADAH, jangan ada "GAP" perlu bersatu dalam melaksanakannya. Jangan kerja ikut "DAFTAR TUGAS" saja.
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan semua nama pertubuhan kongsi gelap kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya terpaksa melakukan demikian bagi menunjukkan pihak polis bersungguh membanteras jenayah di negara ini. 
"Kita akan umumkan pertubuhan haram yang menjalankan aktiviti jenayah melalui media tidak lama lagi.

"Pada masa sama, masyarakat juga harus bertindak dengan polis untuk membanteras jenayah, apa yang dilakukan pihak polis bukan sekadar didokong masyarakat semata tetapi perlu turut disertai masyarakat," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega, di Putrajaya, sebentar tadi.

Sementara itu, seramai 1,911 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di seluruh negara menerusi Op Cantas pada 23 hingga 25 Ogos lalu termasuk 30 daripadanya ahli kongsi gelap yang terbabit dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Noor Rashid Ibrahim.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...