Translate

29/08/2013

ALANG-ALANG MENYELOK PERKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN !!

Polis buru 40,000 anggota kongsi gelap - Bakri.

Yang pentingnya kita laksanakan dengan penuh kejujuran/ikhlas serta berwibawa demi untuk mengembalikan imej serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Rakyat yang inginkan keselesaan serta keamanan sentiasa menyokong sepenuhnya segala tindak tanduk yang diambil oleh PDRM, untuk membenteras gegala yang kian membusuk ini.

Peranan serta penggembelingan tenaga pegawai dan anggota disetiap peringkat harus diperkukuhkan, jangan ada yang menjadi "TALAM DUA MUKA".

TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH.

28/08/2013

PAS KEMUKAN BANTAHAN KES LIWAT ANWAR UNTUK DIBICARAKAN SEMULA SECEPAT MUNGKIN


PAS PERLU MENGEMUKAKAN BANTAHAN UNTUK MENYEMAK SEMULA PERBICARAAN KES DS ANWAR IBRAHIM AGAR HUKUMAN SETIMPAL DAPAT DILAKSANAKAN - KERANA MENJATUHKAN IMEJ PAKATAN RAKYAT DAN UMAT ISLAM.

Persepsi rakyat bahawa institusi keadilan termasuklah Jabatan Peguam Negara dan mahkamah yang dikatakan tunduk kepada pimpinan politik tidak wajar dibiarkan berterusan dan ianya mesti dikikis. Tentunya ia perlu dilakukan bukan sekadar dengan pengumuman itu dan ini, melainkan diiringi dengan suatu tindakan yang mampu mengembalikan kepercayaan umum kepada system pentadbiran keadilan Negara. sambung di SUDUT HARAMKAH

Kenapa PAS takut untuk bersuara atau bersekongkol sama atau menyertui perbuatan terkutuk yang dilakukan sepertimana MAT SABUN, MUSTAFFA SELUAR DALAM dan ramai lagi.....?????


'AH JIB GOR' EDAR TANGLUNG PERCUMA, KENAPA TIDAK ADA KURMA PERCUMA ???

NAJIB sayang sangat dengan masyarakat Cina, sanggup mengedarkan 'Tanglung' percuma sempena perayaan 'Kuih Bulan' pada 19 Sept. 2013 akan datang.

KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Kuih Bulan yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 19 September depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengedarkan tanglung khas secara percuma untuk peminatnya menerusi laman Facebooknya 'Ah Jib Gor' mulai hari ini. 

"Sempena menyambut perayaan tradisional yang bermakna ini, kami telah mereka bentuk tanglung khas dan akan mengedarkannya secara percuma," menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook itu. 

Setiap peminat hanya boleh mendapatkan dua Tanglung. Peminat-peminat hanya perlu mengisi butiran peribadi seperti nama penuh, alamat rumah serta e-mel pada ruangan yang disediakan di laman berkenaan. 

27/08/2013

TINDAKAN BERSEPADU DAN BERTERUSAN PASTI MENCAPAI KEJAYAAN

Setiap unit yang bertindak untuk membenteras JENAYAH KEKERASAN dan DADAH, jangan ada "GAP" perlu bersatu dalam melaksanakannya. Jangan kerja ikut "DAFTAR TUGAS" saja.
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan semua nama pertubuhan kongsi gelap kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya terpaksa melakukan demikian bagi menunjukkan pihak polis bersungguh membanteras jenayah di negara ini. 
"Kita akan umumkan pertubuhan haram yang menjalankan aktiviti jenayah melalui media tidak lama lagi.

"Pada masa sama, masyarakat juga harus bertindak dengan polis untuk membanteras jenayah, apa yang dilakukan pihak polis bukan sekadar didokong masyarakat semata tetapi perlu turut disertai masyarakat," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega, di Putrajaya, sebentar tadi.

Sementara itu, seramai 1,911 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di seluruh negara menerusi Op Cantas pada 23 hingga 25 Ogos lalu termasuk 30 daripadanya ahli kongsi gelap yang terbabit dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Noor Rashid Ibrahim.


26/08/2013

Pembunuhan 'senyap' di Syria - ALLAHHUAKHBAR


Syiah agenda Yahudi melumpuhkan Islam?

Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya.

AMMAN 21 Ogos - Ketika dunia tertumpu kepada pergolakan di Mesir, Syria hari ini digegarkan dengan kejadian pembunuhan 'senyap' besar-besaran dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 kematian.

Lebih menyedihkan, serangan dipercayai menggunakan gas saraf itu dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi tidak berdosa.

Menurut kumpulan aktivis, pasukan tentera Syria melancarkan roket yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.

25/08/2013

SEGERAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!!

SURUHANJAYA DIRAJA PERLU DITUBUHKAN UNTUK MENYIASAT DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU YANG HAMPIR-HAMPIR DILUPAKAN.

Dalang Lahad Datu diketahui. KLIK SEGERA


SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kes pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shariibuu. NAK TUTUP PEKONG SENDIRI KLIK

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata pengumuman Mahkamah Rayuan mengenai pembebasan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis mengejutkan rakyat. 


KLIK SINI {penglibatan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tian Chua dan R. Sivarasa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret mereka ke muka pengadilan sekiranya terbukti terlibat dalam insiden berkenaan}

"Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan, hukuman berat perlu dikenakan kerana mereka disifatkan pengkhianat negara,"

Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan

Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi.
Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.
Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos, katanya.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. - Bernama, 24 Ogos, 2013.

24/08/2013

TEPAT, CEKAP DAN BERWAWASAN - takkan bersimpati dengan penjenayah

2 pasukan khas polis ditubuh - TAHNIAH DS DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

PETALING JAYA: Dua pasukan khas dianggotai 400 anggota dan pegawai polis terlatih dari Bukit Aman ditubuhkan bagi membanteras kes jenayah berat dan dadah dengan lebih berkesan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan itu yang diluluskan segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pun beroperasi termasuk dalam kes terbaru membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang. 

PERBUATAN YANG PERLU DICANTAS SEGERA HINGGA KE AKAR UMBI !!!!

Warden Penjara Kajang ditahan bawa masuk dadah.  Rasanya perkara sebegini bukannya baru, daripada dulu lagi penglibatan segelintir kakitangan penjara yang terlibat dengan pengedaran dadah.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah di dalam Penjara Kajang dan menangkap seorang warden berusia 34 tahun yang dipercayai menjadi orang tengah membawa masuk dadah ke penjara berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata lelaki itu yang bertugas di penjara berkenaan sejak setahun empat bulan lalu, diberkas polis pukul 11.45 pagi kelmarin di hadapan sebuah pasar raya di Kajang.

Pemeriksaan polis ke atas suspek menemukan dadah jenis heroin seberat 104.8 gram di dalam poket seluarnya dan dia dipercayai baharu mengambil bekalan dadah ketika ditahan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Ab Rashid, siasatan lanjut mendapati suspek sudah empat kali membawa masuk dadah ke penjara itu dan menerima upah RM800 setiap kali.

USTAZ NUAR AL-JUBURI BUAT HAL LAGI !!!!

LU SIAPA - Anwar mohon lucut kelayakan Muhammad Shafee kerana mengetahui politiknya di penghujung jalan dan penjara Sungai Buloh menunggunya.

KUALA LUMPUR - Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh, semasa dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dengan menyatakan usul itu difailkan pada 4 petang di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata, permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September.

Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas. - Bernama

23/08/2013

DATUK ABDUL RAHIM HANAFI MEROYAN DI PULAU PINANG ???


Berbagai-bagai tekanan ditanggung oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam usaha untuk membenteras kes-kes jenayah kekerasan yang membimbangkan penduduk di negeri itu.

Beliau sendiri turun padang memakai vest kalis peluru dengan bersenjatakan MP5.... seperti nak melancarkan serangan ke atas pengganas Sulu pulak.


Tapi yang peliknya mana perginya pegawai dan anggota Cawangan Pencegah Kongsigelap/ Maksiat dan Perjudian (D7) negeri itu yang telah dipertanggungjawabkan dalam kes-kes kongsigelap sehinggakan perkara sebegini boleh berlaku??? Bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak, tapi hanya untuk memperingatkan kembali sejarah lama D7 PDRM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...