Translate

23/08/2013

DATUK ABDUL RAHIM HANAFI MEROYAN DI PULAU PINANG ???


Berbagai-bagai tekanan ditanggung oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam usaha untuk membenteras kes-kes jenayah kekerasan yang membimbangkan penduduk di negeri itu.

Beliau sendiri turun padang memakai vest kalis peluru dengan bersenjatakan MP5.... seperti nak melancarkan serangan ke atas pengganas Sulu pulak.


Tapi yang peliknya mana perginya pegawai dan anggota Cawangan Pencegah Kongsigelap/ Maksiat dan Perjudian (D7) negeri itu yang telah dipertanggungjawabkan dalam kes-kes kongsigelap sehinggakan perkara sebegini boleh berlaku??? Bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak, tapi hanya untuk memperingatkan kembali sejarah lama D7 PDRM.

22/08/2013

HISHAMUDDIN AKAN CARI SAMPAI KE LUBANG CACING ???

Datuk Seri Hishammuddin
TERPERANJAT JUGA INGATKAN HISHAMUDDIN NAK CARI PENJENAYAH GENG 04 SAMPAI KE LOBANG CACING, RUPA-RUPANYA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB PUNCA NAHAS BAS YANG MENGORBANKAN 37 NYAWA.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.

Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

21/08/2013

NAFSU IBLIS TIDAK MENGENAL DARJAT DAN KETURUNAN!!!!

KEJAM !!! PUTERA ARAB SAUDI CULIK, ROGOL, BUNUH GADIS DAN CAMPAK MAYAT KE TEPI JALAN....!!!


Kisah ini khabarnya berlaku dalam bulan Jun tahun ini...

Polis di Jeddah, Arab Saudi telah mengesahkan berita bahawa seorang gadis telah dirogol dan dibunuh oleh seorang putera Saudi.

Cerita ini bermula apabila saksi di Samer, pinggir bandar Jeddah, melihat perempuan digugurkan daripada kereta JMC. Rakyat yang menyaksikan peristiwa itu segera membaluti gadis dengan selimut dan menghubungi polis.

Selepas polis tiba, siasatan awal menunjukkan bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Nombor plat JMC dimasukkan ke dalam sistem pengawasan kereta polis trafik dan ia menunjukkan bahawa ia dipunyai oleh seorang putera Saudi.

KECIL-KECIL TAK MAU MAMPOS,DAN BESAR MENYUSAHKAN ORANG !!!

Polis tembak Geng 04  ikut prosedur

Polis tembak Geng 04 ikut prosedur - AKAN CARI SAKI BAKI HINGGA KE LOBANG CACING...

Anggota patuh SOP, nafi lepaskan 30 tembakan


Georgetown: Polis menafikan dakwaan dilemparkan keluarga kepada lima lelaki yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, dekat sini kelmarin bahawa anggotanya tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi itu. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengikut SOP ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi berkenaan. 
Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis." Datuk Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang,
“Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis.

TEKTIK 'ANWAR SPRING' BERULANG KEMBALI

Taktik jahat Anwar jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

20/08/2013

PDRM Buktikan Kesungguhan Selepas Tumpaskan Kumpulan Terlibat Jenayah Bersenjata Api


ZAMAN KEGEMILANGAN PDRM DALAM USAHA MEMBENTERAS JENAYAH KEMBALI MENGHANTUI PENJENAYAH YANG KEJAM !!!! SYABAS.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kejayaan polis menumpaskan lima lelaki yang terlibat dalam beberapa kes jenayah bersenjata api di negara ini awal Isnin, membuktikan kesungguhan pasukan keselamatan itu memerangi jenayah habis-habisan.

Sambil mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kejayaan itu juga sekaligus membuka mata banyak pihak terutama masyarakat yang selama ini memandang rendah kredibiliti pasukan itu.

"Ini membuktikan mereka memang berazam membanteras jenayah terutama melibatkan senjata api yang semakin berleluasa ketika ini. Ini juga membuktikan mereka menjalankan tugas dengan cekap dan teliti sehingga penjenayah berjaya ditumpaskan," katanya kepada Bernama.


19/08/2013

TINDAKAN YANG TEPAT MENGEMBALIKAN IMEJ PDRM - SYABAS, TAHNIAH

5 ditembak mati terlibat kes bunuh di PP, Kedah, NS - KPN
GEORGE TOWN 19 Ogos - Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.

"Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini. - BERNAMA

KESIAN Datuk K Rajagobal !!!!

Amaran Sultan Ahmad Shah kepada Rajagobal


SELEPAS mengambil pendekatan berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara yang dilakukan oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam akhirnya tampil memberikan amaran kepada jurulatih itu dan pemain Harimau Malaya.

Mungkin agak keras, namun baginda tidak mahu keputusan lain kecuali memenangi semua baki perlawanan dalam Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Asia 2015 supaya sasaran layak ke pusingan akhir terus menyala.

Kata baginda, beliau tidak akan dapat menerima apa juga alasan daripada Rajagobal sekiranya skuad Harimau Malaya gagal melepasi Kelayakan Piala Asia 2015 yang kembali bersambung 15 Oktober ini.

18/08/2013

WALAUPUN APA DIPERKATAKAN, CANTAS TETAP MENCANTAS !!!

Mesti komited bersihkan imej UMNO - Inilah yang berlaku di UMNO Bahagian Marang !!!

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi dan sikap itu memberi imej kurang baik kepada parti.

Menurut beliau, amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka.

"Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya," katanya dalam sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

RAKAN BARU PBB - PEMUDA PAS AKAN MELOBI NEGARA ARAB ????

Naik gelak aku membacanya, biar betul Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda PAS meneruskan usaha untuk melobi negara2 arab dalam OIC. Beliau akan menghantar seberapa ramai UNIT AMAL nya ke Mesir ????

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malasysia (DPPM) akan meneruskan usaha melobi pihak antarabangsa untuk bersama-sama memberi tekanan kepada rejim Mesir yang menindas rakyat negara itu. 

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, DPPM akan melobi negara yang berada dalam Liga Arab, OIC dan sebagainya bagi tujuan itu.

Menurutnya, pemerintahan sementara di Mesir mencabul hak demokrasi, tambahan pula dengan kezaliman yang dilakukan.

"Kita akan melobi di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media selepas Himpunan Munajat 100K, di sini.

Beliau menambah, DPPM juga akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dun untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahas isu kekejaman kerajaan sementara Mesir.

"Kita minta Dewan Rakyat dan Dun adakan sidang tergempar, itulah langkah yang sepatutnya diambil bagi menekan rejim tentera di bumi Mesir.

"Kita akan hantar surat pada Isnin ini, kita telah draf surat itu," katanya. KLIK SINI UNTUK BERITA SELANJUTNYA

17/08/2013

KENYATAAN INI PERLU DISOKONG…. DEMI KEAMANAN SEGAJAT

BUKIT MERTAJAM - PR wajar diberi ruang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menangani peningkatan kes tembak yang semakin drastik sejak kebelakangan ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari begitu membimbangkan masyarakat.

“Cadangan kerjasama telah pun dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya kami diberikan ruang untuk menyumbangkan pendapat.

“Isu ini semakin berat dan kerjasama yang dicadangkan dapat membantu menangani masalah yang berlaku.
Beliau berharap peluang dan ruang yang diberikan dapat membantu mengurangkan kerisauan masyarakat.

“Polis kena terima kenyataan dan perlu meningkatkan tahap profesionalisme untuk memerangi jenayah,” katanya.

Semangat kemerdekaan perlu terus disemai

TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-48.

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...