BARU NAK PULIH IMEJ PDRM MENGENAI RASUAH (KLIK SINI) dan yang disini buat hal pulak (KLIK SINI).
Inilah dia sikap pentingkan diri sendiri melebehi segala-galanya. Sanggup melakukan sesuatu perkara dengan tidak memikirkan keluarga serta imej PDRM walaupun telah berkhidmat didalam PDRM begitu lama.
Kenapa perkara sedemikian seringkali berlaku sejak akhir-akhir ini ????
Anggota polis ditahan dipercayai bebaskan tahanan lokap
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan.