Translate

09/08/2013

HAI...HAI...HAI PEMANDU TEKSI PUN ADA PISTOL ????

Gambar hiasan

Pemandu teksi tertembak tangan sendiri

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi yang memiliki pistol secara haram terbongkar selepas dia tertembak tangannya sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, akibat takut ditahan atas kesalahan memiliki pistol lelaki berkenaan menggunakan alasan pistol berkenaan ditemui di dalam teksinya yang didakwa ditinggalkan seorang pelanggan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur , Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Desa Sri Hartamas itu, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai baru selesai membawa penumpang ke lokasi berkenaan untuk mengutip hasil jualan harian. 

Katanya, berdasarkan keterangan lelaki itu selepas menghantar pelanggannya, dia ke tempat duduk penumpang untuk mengambil minuman sebelum terjumpa sebuah beg sandang hitam.

"Kemudiannya, lelaki itu cuba mengeluarkan pistol dalam beg berkenaan dan dalam proses buka magazine pistol, dia terlepas satu das tembakan.

"Tembakan itu menembusi tapak tangan kiri dan slug peluru tersangkut pada paha kaki kiri mangsa," katanya kepada media. 

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan. 

Katanya, pembedahan dijalankan jam 12.40 petang dan kini dia dilaporkan stabil. 

Ku berkata, pihaknya percaya pistol berkenaan sebenarnya milik pemandu teksi itu dan menggunakan alasan milik pelanggan akibat takut.


08/08/2013

BERAPA BANYAK DA..KES TEMBAK DALAM MINGGU NI ???

Gambar hiasan

Lelaki mati ditembak di George Town

GEORGE TOWN 8 Ogos - Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Kong Meng berkata, polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.

Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.

Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.

Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan. - BERNAMA

KLIK LAGI DISINI ADA KES TEMBAK TERBARUDAN DISINI

07/08/2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN, HARI KEMENANGAN


YDP PAS MD JUSOH RUPA-RUPANYA PEKAK, BUTA DAN TULI ???

Penerimanya pun bukanlah ramai sangat....
Yang Dipertua PAS kawasan, Md Jusoh Darus rupa-rupa Buta, tuli dan pekak  apabila mengatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa rupa-rupanya ramai rakyat yang tidak terbela nasib mereka sehinggalah PAS menang di Parlimen Temerloh.

Apabila memang mestilah tunaikan tanggungjawab kepada pengundi, janganlah nak lepaskan tanggungjawab. Takkan lah calun yang kalah pula hendak memberi perkhidmatan kepada pengundi yang tidak mengundinya.

Gunakanlah kepala otak yang dikatakan cerdik dan pandai.

KOT-KOT DAH TERDESAK....ONGKOS KURANG AGAKNYA..... MULALAH NAK MENGHINA BN PULAK.....???

TERIMA ELAUN SETIAP BULAN KAN ....BEKERJA LAH, JANGAN TERIMA ELAUN HARAMMMMMMM!!! MACAM BAPAK PRESIDAN NYA.....




INILAH KEADAAN KOTA BHARU TIBANYA HARI PERAYAAN ???

Jalan 'Ikan sardin'
KOTA BHARU - Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan- jalan utama memasuki Kelantan khususnya yang menghala ke Kota Bharu mula dibanjiri kenderaan perantauan.

Aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan bergerak perlahan.

Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.

Paling teruk, bandar Kota Bharu sudah menjadi “ikan sardin” dan menjadi trauma kepada mereka yang ingin masuk  di bandar khususnya untuk membuat persiapan raya.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan untuk beraya, sudah pasti mereka terpaksa memikir panjang kerana tempoh perjalanan  yang lama sekali gus merencatkan mood raya.

Masalah kesesakan jalan raya di negeri ini bagaikan tiada berkesudahan apabila isu ini semakin hari dilihat bagai melepaskan batuk di tangga oleh sesetengah pihak.

Mengikut analisis, setiap tahun, lebih 60,000 buah kenderaan akan memasuki negeri ini terutamanya di musim perayaan seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina tersebut malah angka ini menunjukkan peningkatan saban tahun.

Analisis yang dijalankan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2011-2012 menunjukkan jumlah kematian di Malaysia meningkat 0.6 peratus manakala jumlah kemalangan pula meningkat kepada 3 peratus.

06/08/2013

IMEJ JABATAN DAN MARUAH DIRI TERCEMAR GARA-GARA SEEKOR KERBAU !!!

Gambar hiasan

Empat ditahan tembak kerbau untuk jualan Aidilfitri

Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin. 

Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu. 

“Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis. 

Difahamkan, lokasi itu memang dijadikan tempat mengumpul ternakan oleh pemiliknya hampir setiap hari. Tindakan empat suspek itu dipercayai untuk mengaut untung mudah dengan menjual daging kerbau di pasaran menjelang Aidilfitri tidak lama lagi berikutan permintaan tinggi umat Islam ketika itu. 

HEI !!! TUAN IBRAHIM TUAN MAN, APA DAH JADI 250,000 PENGIKUT SYIAH ???

AWAL-AWAL LAGI JANGAN CEPAT SANGAT NAK MELATAH !!!! SIASAT DENGAN TELITI DULU BARU BERCAKAP DAN KELUAR KENYATAAN !!!!!
TAK KAN LAH TAK ADA SEORANG KE,  ATAU DUA ORANG PENGIKUT PAS ???

Pengikut Syiah kini cecah 250,000 - KDN

PUTRAJAYA 5 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

05/08/2013

NAK RAMPAS ISTANA NEGARA PULAK ????

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara kerana mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah dan cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara, awal pagi ini.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta ditahan ketika berhimpun di hadapan pintu 1, Istana Negara di sini, pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 helai bendera serta beberapa helai watikah bai’ah (perjanjian untuk taat).

Hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripadanya tidak mempunyai kad pengenalan manakala bakinya berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor.

Pemilihan Bahagian UMNO: Waspada Tingkah Laku Musuh Dalam Selimut


Pemilihan UMNO yang buat julung jkalinya akan menggunapakai Perlembagaan baru dianggap satu pembaharuan dengan pelaksanaannya berlangsung kemas sebagaimana perancangannya yang telahpun bermula, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Katanya, keteguhan UMNO didukung oleh struktur dan organisasi yang mantap namun demikian anggota parti perlu berwaspada agar tidak bersikap alpa kerana tentunya akan ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekeliruan dan huru-hara dalam parti.
“Sama ada dari dalam atau luar, kepimpinan parti dan ahli-ahlinya perlu sentiasa peka dengan manipulasi dan persepsi segelintir pihak yang mahu menghancurkan UMNO,” katanya kepada UMNO-Online.
Katanya, selama ini pun pakatan pembangkang banyak melemparkan tohmahan kepada UMNO namun dengan kekuatan, kesungguhan dan keyakinan yang ditanamkan dalam parti maka tentunya semua berita tidak benar dan hal-hal negatif berkaitan UMNO akan dapat ditepis.

04/08/2013

NATANG NAMEWEE BUAT HAL LAGI !!! DAN PERLU DIAJAR ???

Namewee budak tidak tahu sejarah, bodoh - Nazri

PADANG RENGAS 3 Ogos - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.

Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.

"Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.

Di Malaysia: ... Kematian: $, Life: $ $ $

AKHBAR SINGAPURA "ASIA ONE" MEMPERKECIL-KECILKAN KEWIBAWAAN PDRM DAN KESELAMATAN DI MALAYSIA TIDAK SELAMAT  ???


Kematian adalah murah di Malaysia, ia seolah-olah.
Apa yang diperlukan untuk mengupah seorang penyerang menyeberangi Tambak adalah RM $ 5,000, atau kira-kira S $ 2,000.

03/08/2013

PISTOL, DADAH, PISTOL, DADAH ?????

HAIRAN, BAGAIMANA DADAH JENIS SYABU TERLALU BANYAK DISELUDUP MASUK KE MALAYSIA ????


ADAKAH MELALUI JALAN LAUT, ATAU JALAN DARAT ???? KALAU JALAN LAUT BAGAIMANA DAN KALAU JALAN DARAT MACAM MANA ???

FIKIR-FIKIRKAN LAH.....

KUALA LUMPUR: Dua lelaki, seorang daripadanya warga Nigeria yang sedang leka memunggah dadah dari sebuah kereta ke sebuah kereta lain di sini, ditahan polis malam tadi.

Bersama tangkapan itu, polis merampas syabu seberat 43.71 kg dianggarkan bernilai RM8.74 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim. 

"Pemeriksaan di dalam but kereta menemui satu kotak yang ditampal dengan pita pelekat dan di dalamnya mengandungi 17 bungkusan kertas timah berisi syabu. 

"Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun, peniaga dan seorang lelaki warga Nigeria berusia 25 tahun yang berselindung di sebalik status pelajar di sebuah pusat bahasa di Kuala Lumpur, ditahan," katanya pada sidang media di sini hari ini. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...