Selesai-selesai dah, kalah-kalah dah. Tapi nak tambah rempah ratus sedikit untuk menyedapkannya sebelum hangat PRK Kuala Besut menjadi sejoook.... dan yang paling pentingnya TIADA KAKI PETEH MEMETEH SEPERTIMANA YANG BERLAKU SEMASA PRU KE 13 YANG LEPAS DIBEBERAPA DAERAH DI NEGERI TERENGGANU TERUTAMA DI DUN RHU RENDANG.
ANALISIS BERITA:Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.