Translate

25/07/2013

KEKALAHAN PAS DI PRK KUALA BESUT TERCABAR DG MENGHANTAR UNIT AMAL KE MESIR???

UNIT AMAL PAS AKAN DIHANTAR KE MESIR UNTUK MEMBANTU MENGEMBALIKAN KUASA TERHADAP PRESIDEN DR. MOHAMMAD MORSI YANG DIGULINGKAN ??????

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini.

“Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan. 

Himpunan itu, katanya akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di lokasi berhampiran. KLIK SINI

24/07/2013

PERTUBUHAN SYIAH MALAYSIA PATUT DIHARAMKAN ???

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai salah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 yang berkuat kuasa hari ini.


Setiausaha KDN, Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keingkaran mereka yang masih bergiat aktif, walaupun pertubuhan itu tidak didaftarkan secara sah.

“Mereka pernah memohon mendaftarkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan dengan jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 jun 2011.

“Namun, permohonan mereka telah di tolak oleh Jabatan pada 4 Ogos 2011 dan Menteri Dalam Negeri pada 31 Oktober 2011,” katanya dipetik dalam kenyataan media, hari ini.

AWAS!!!!!: PENIPUAN PELABURAN MLM (Multi Level Marketing)


TAMAK DAN DAN MALAS BERUSAHA INILAH PUNCA NYA !!

SCAM ALERT: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjanjikan pulangan lumayan.

Orang ramai seharusnya mengambil langkah awal untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan dengan membuat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat yang dinyatakan benar atau sebaliknya.

Antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:

1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa supaya keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan.

2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan di mana mangsa hanya perlu mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. 

3. Skim pelaburan ini menjelaskan di mana terdapat beberapa pangkat di dalam syarikatnya seperti Grand Duke @ Arch Duke, Duke, Marquis, Count, Baron, Francais dan Members. 

4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan-kenderaan mewah untuk menarik perhatian mangsa sebagai down linenya. 

5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi.

Sumber: PDRM

23/07/2013

PRK KUALA BESUT: USTAZ DAN USTAZAH PALSU MEMBIAK BAGAIKAN CENDAWAN

HAMBA KATA DOH.... DOSA JATUH NOMBOR DUA DAN FITNAH MEMFITNAH JATUH NO. SATU YANG DIAMALKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA PAS DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK INIKLIK CEPAT

Di awal-awal lagi telahpun hamba perkatakan perkara sedemikian tetap akan berlaku semasa PRU Kuala Besut, terutama bagi Pemimpin-Pemimpin PAS yang bergelar USTAZ DAN USTAZAH. KLIK DISINI

Dengan jubah meleret ke tanah, janggut panjang hingga ke pusat serta serban meninggi hingga ke pokok kelapa.... tapi FITNAH MEMFITNAH tetap menjadi  celupar mulut mereka ini.

Janji mereka menang PRK Kuala Besut. Buat kerja belum tahu lagi...... sepertimana yang dilakukan oleh BAPAK PRESIDENNYA....!!!!!

DEWAN ULAMA PAS BUTA PENGLIHATAN AGAKNYA ????


SEPENGGAL MENERAJUI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TAK KAN LAH DEWAN ULAMA PAS TIDAK NAMPAK APA YANG BERLAKU DI NEGERI TERENGGANU SEMASA PEMERINTAHAN PRESIDENNYA ???


BUKAN SETAKAT NEGERI, PERINGKAT DAERAH PUN BELIAU TIDAK MAMPU UNTUK MENERAJUINYA UMPAMA DAERAH MARANG, BAHKAN MENERAJUI DUN RHU RENDANG PUN TIDAK MAMPU ???

LIHAT LAH APA YANG ADA DI DAERAH MARANG, BERLEBIH-LEBIH LAGI DUN RHU RENDANG ???

MAKAN ELAUN HARAM SELAMA 31 TAHUN.... TAK KAN LAH TAK NAMPAK ?? KLIK


22/07/2013

LOBI MELOBI. PETEH MEMETEH TETAP BERLAKU DI UMNO BAHAGIAN MARANG ???



PEREBUTAN JAWATAN DAN KUASA TETAP AKAN BERLAKU DISEPANJANG PEMILIHAN DI PERINGKAT CAWANGAN.  IA NYA SUDAH PUN BERMULA.
UMNO MARANG PERLU BERHATI-HATI DENGAN MEREKA-MEREKA YANG DIMAKSUDKAN........!!!!

PENGKHIANAT PARTI PERLU DISINGKIRKAN TERUS DARIPADA MENJAWAT SEBARANG JAWATAN.

JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN DALAM PRU KE 13 !!!!!
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Anggota Umno dinasihat bermuzakarah sesama sendiri bagi mengelak perebutan jawatan sepanjang pemilihan di peringkat cawangan yang sedang berlangsung sejak Isnin lepas hingga 30 Ogos ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka perlu berpegang kepada Fasal 3 perlembagaan parti, yang antara lain menegaskan bahawa Umno merupakan sebuah parti politik yang menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.
“Jadi dalam Islam duduk muzakarah dan berbincanglah siapa nak jadi ketua dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di surau As-Sodiqin, Taman Kobena, di sini hari ini.

20/07/2013

HUSAM KECEWA DAN MELAKSANAKAN TUGAS PRK KUALA BESUT BAGAI MELEPASKAN BATUK DITANGGA ???

KEKECEWAAN MASIH LAGI TERPAKU DIHATI SANUBARI HUSAM MUSA DENGAN PENYINGKIRAN BELIAU SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN TEMPOHARI.

Bukan saja HUSAM orang-orang nya juga berasa tidak puas hati apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS terhadap pemimpin pujaannya.


Husam juga sanggup mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengemparkan negara dengan alasan, biar apapun terjadi, jadilah..... 


Diantaranya beliau mendakwa sesiapa yang menyertai perhimpunan haram Blackout 505 sebagai mati syahid Fi Sabilillah.  Kenyataannya itu merupakan fatwa songsang yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sehinggakan ungkapan begini pun beliau sanggup keluarkan tanpa mendapat nasihat daripada kepimpinan tertinggi PAS, berlebih-lebih lagi BAPAK PRESIDEN NYA.  KLIK SINI

19/07/2013

KENAPA GRO WARGA ASING MASIH BERLELUASA DI PUSAT HIBURAN ???

Setiap hari, setiap minggu dan bulan, kebanjiran GRO Warga Asing seperti Indonesia, Cina, Vietnam dan lain-lain masih hangat dipertikaikan serta tindakan-tindakan tegas diambil, namun semakin banyak pusat-pusat hiburan berlesen serta haram menggunakan khidmat mereka-mereka ini.

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN atau SIAPAKAH YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG membenarkan atau meloloskan mereka-mereka ini masuk atau bekerja dipusat-pusat hiburan tersebut ???

Namun begitu, jika perkara ini dikekang dengan keikhlasan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh PIHAK BERKUASA YANG ADA HUBUNG KAIT, rasanya perkara ini dapat dikurangkan dari masa kesemasa.

TETAPI SEBALIKNYA BERLAKU !!!!!!  KLIK



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...