Translate

22/07/2013

LOBI MELOBI. PETEH MEMETEH TETAP BERLAKU DI UMNO BAHAGIAN MARANG ???



PEREBUTAN JAWATAN DAN KUASA TETAP AKAN BERLAKU DISEPANJANG PEMILIHAN DI PERINGKAT CAWANGAN.  IA NYA SUDAH PUN BERMULA.
UMNO MARANG PERLU BERHATI-HATI DENGAN MEREKA-MEREKA YANG DIMAKSUDKAN........!!!!

PENGKHIANAT PARTI PERLU DISINGKIRKAN TERUS DARIPADA MENJAWAT SEBARANG JAWATAN.

JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN DALAM PRU KE 13 !!!!!
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Anggota Umno dinasihat bermuzakarah sesama sendiri bagi mengelak perebutan jawatan sepanjang pemilihan di peringkat cawangan yang sedang berlangsung sejak Isnin lepas hingga 30 Ogos ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka perlu berpegang kepada Fasal 3 perlembagaan parti, yang antara lain menegaskan bahawa Umno merupakan sebuah parti politik yang menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.
“Jadi dalam Islam duduk muzakarah dan berbincanglah siapa nak jadi ketua dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di surau As-Sodiqin, Taman Kobena, di sini hari ini.

20/07/2013

HUSAM KECEWA DAN MELAKSANAKAN TUGAS PRK KUALA BESUT BAGAI MELEPASKAN BATUK DITANGGA ???

KEKECEWAAN MASIH LAGI TERPAKU DIHATI SANUBARI HUSAM MUSA DENGAN PENYINGKIRAN BELIAU SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN TEMPOHARI.

Bukan saja HUSAM orang-orang nya juga berasa tidak puas hati apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS terhadap pemimpin pujaannya.


Husam juga sanggup mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengemparkan negara dengan alasan, biar apapun terjadi, jadilah..... 


Diantaranya beliau mendakwa sesiapa yang menyertai perhimpunan haram Blackout 505 sebagai mati syahid Fi Sabilillah.  Kenyataannya itu merupakan fatwa songsang yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sehinggakan ungkapan begini pun beliau sanggup keluarkan tanpa mendapat nasihat daripada kepimpinan tertinggi PAS, berlebih-lebih lagi BAPAK PRESIDEN NYA.  KLIK SINI

19/07/2013

KENAPA GRO WARGA ASING MASIH BERLELUASA DI PUSAT HIBURAN ???

Setiap hari, setiap minggu dan bulan, kebanjiran GRO Warga Asing seperti Indonesia, Cina, Vietnam dan lain-lain masih hangat dipertikaikan serta tindakan-tindakan tegas diambil, namun semakin banyak pusat-pusat hiburan berlesen serta haram menggunakan khidmat mereka-mereka ini.

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN atau SIAPAKAH YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG membenarkan atau meloloskan mereka-mereka ini masuk atau bekerja dipusat-pusat hiburan tersebut ???

Namun begitu, jika perkara ini dikekang dengan keikhlasan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh PIHAK BERKUASA YANG ADA HUBUNG KAIT, rasanya perkara ini dapat dikurangkan dari masa kesemasa.

TETAPI SEBALIKNYA BERLAKU !!!!!!  KLIK



17/07/2013

PRK KUALA BESUT: JANJI MENANG, DOSA NOMBOR DUA ???

Perkara ini telahpun diduga sebelum daripada ini.  Pihak Pakatan Rakyat terutama PAS tetap akan melaksanakan tugas pentingnya iaitu MEMFITNAH terhadap calun dan juga kerajaan, walaupun dalam bulan Ramadhan.


Inilah prinsip yang dipegang oleh puak-puak PAS demi untuk mencapai cita-cita jahatnya. Kategori DOSA & PAHALA telah jatuh nombor dua...??? KLIK dan yang lebih teruk sekali KLIK DISINI


ISU KALIMAH ALLAH: ORANG ISLAM TERLALU BERLEMBUT DAN BAGI MUKA ???


Sudah banyak kali ISU KALIMAH ALLAH cuba dipertikaikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba BERMAIN API terhadap Umat Islam di Malaysia.


Setiap kali isu ini digembar-gemburkan, dipenghujungnya MINTA MAAF !!!! Adakah ini boleh diterima oleh Umat Islam ???

PERTIKAI KALIMAH ALLAH - JOSEPH MARINO DUTA VATICAN CITY MINTA MAAF !!


Laporan terbaru :
Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino memohon maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat negara ini.
Permohonan maaf tersebut disampaikan oleh Duta Vatican pertama ke Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, Marino menjelaskan bahawa komen beliau itu tidak mempunyai sebarang niat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia. - KLIK DISINI

16/07/2013

PRK Kuala Besut: Keputusannya sama seperti PRU 13, percaya tak ???

Mulut manis daripada apa yang diperlakukankan oleh penduduk Kuala Besut. Inilah masanya apa yang diperlukan, semua nya akan dapat. BN perlu berhati-hati.... duri dalam daging, termasuk  ahli BN sendiri. AWAS ???? INILAH YANG BERLAKU SEMASA PRU ke 13 LALU....


KUALA BESUT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin pendekatan sentuhan peribadi lebih disenangi rakyat berbanding aktiviti berceramah sepanjang berkempen pada bulan Ramadan ini. 


"Oleh kerana berkempen jatuh pada bulan puasa, saya menggunakan pendekatan mengajak pengundi segenap umur berbuka puasa bersama serta ketika moreh selepas terawih.

"Selain itu kita juga mengumpulkan keluarga di sebuah rumah dan saya akan ke sana bertemu mereka bagi proses memperkenalkan diri kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita ketika bertemu peniaga dan pengundi di Pasar Tani Kuala Besut di sini, hari ini. KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...