Translate

19/07/2013

KENAPA GRO WARGA ASING MASIH BERLELUASA DI PUSAT HIBURAN ???

Setiap hari, setiap minggu dan bulan, kebanjiran GRO Warga Asing seperti Indonesia, Cina, Vietnam dan lain-lain masih hangat dipertikaikan serta tindakan-tindakan tegas diambil, namun semakin banyak pusat-pusat hiburan berlesen serta haram menggunakan khidmat mereka-mereka ini.

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN atau SIAPAKAH YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG membenarkan atau meloloskan mereka-mereka ini masuk atau bekerja dipusat-pusat hiburan tersebut ???

Namun begitu, jika perkara ini dikekang dengan keikhlasan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh PIHAK BERKUASA YANG ADA HUBUNG KAIT, rasanya perkara ini dapat dikurangkan dari masa kesemasa.

TETAPI SEBALIKNYA BERLAKU !!!!!!  KLIK



17/07/2013

PRK KUALA BESUT: JANJI MENANG, DOSA NOMBOR DUA ???

Perkara ini telahpun diduga sebelum daripada ini.  Pihak Pakatan Rakyat terutama PAS tetap akan melaksanakan tugas pentingnya iaitu MEMFITNAH terhadap calun dan juga kerajaan, walaupun dalam bulan Ramadhan.


Inilah prinsip yang dipegang oleh puak-puak PAS demi untuk mencapai cita-cita jahatnya. Kategori DOSA & PAHALA telah jatuh nombor dua...??? KLIK dan yang lebih teruk sekali KLIK DISINI


ISU KALIMAH ALLAH: ORANG ISLAM TERLALU BERLEMBUT DAN BAGI MUKA ???


Sudah banyak kali ISU KALIMAH ALLAH cuba dipertikaikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba BERMAIN API terhadap Umat Islam di Malaysia.


Setiap kali isu ini digembar-gemburkan, dipenghujungnya MINTA MAAF !!!! Adakah ini boleh diterima oleh Umat Islam ???

PERTIKAI KALIMAH ALLAH - JOSEPH MARINO DUTA VATICAN CITY MINTA MAAF !!


Laporan terbaru :
Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino memohon maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat negara ini.
Permohonan maaf tersebut disampaikan oleh Duta Vatican pertama ke Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, Marino menjelaskan bahawa komen beliau itu tidak mempunyai sebarang niat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia. - KLIK DISINI

16/07/2013

PRK Kuala Besut: Keputusannya sama seperti PRU 13, percaya tak ???

Mulut manis daripada apa yang diperlakukankan oleh penduduk Kuala Besut. Inilah masanya apa yang diperlukan, semua nya akan dapat. BN perlu berhati-hati.... duri dalam daging, termasuk  ahli BN sendiri. AWAS ???? INILAH YANG BERLAKU SEMASA PRU ke 13 LALU....


KUALA BESUT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin pendekatan sentuhan peribadi lebih disenangi rakyat berbanding aktiviti berceramah sepanjang berkempen pada bulan Ramadan ini. 


"Oleh kerana berkempen jatuh pada bulan puasa, saya menggunakan pendekatan mengajak pengundi segenap umur berbuka puasa bersama serta ketika moreh selepas terawih.

"Selain itu kita juga mengumpulkan keluarga di sebuah rumah dan saya akan ke sana bertemu mereka bagi proses memperkenalkan diri kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita ketika bertemu peniaga dan pengundi di Pasar Tani Kuala Besut di sini, hari ini. KLIK SINI

15/07/2013

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN, PENCURI ATAU PENTERNAK LEMBU ??????

JERANTUT - Empat lelaki yang cuba mencuri lembu terpaksa berputih mata apabila perbuatan mereka disedari oleh penternak haiwan itu yang kemudian mengejar suspek-suspek berkenaan dalam kejadian di Kampung Pedah di sini kelmarin.
Penternak lembu, Mohd. Hariri Muhammad, 47, berkata, dia mengetahui mengenai cubaan mencuri lembu ternakannya selepas menerima panggilan daripada seorang rakan pada pukul 1.50 petang yang melihat seekor haiwan ternakannya terbaring bersebelahan sebuah kereta jenis Proton Iswara.
"Kawan saya yang curiga nampak seekor lembu terbaring di tepi jalan berdekatan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback warna kelabu tidak jauh dari kawasan ternakan saya. Dia terus menghubungi saya.

PRK KUALA BESUT: FITNAH MEMFITNAH DIBIBIR PEMIMPIN PAS WALAUPUN DIBULAN RAMADHAN???

Penganalisis: Pas sengaja laga Ahmad-Idris
Penganalisis berpendapat, Pas sengaja menggunakan isu 'pergeseran' di antara Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.


Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan Pas itu juga sengaja mahu melaga-lagakan Idris dengan Ahmad bagi melemahkan sokongan terhadap BN, sekaligus memenangi PRK.

Tambahnya, Pas juga mengambil tindakan tersebut untuk mencalarkan kredibiliti Ahmad sebagai pentadbir negeri itu.

“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun, namun pada PRU 2008, beliau tak lagi menjadi menteri besar dan banyak persepsi yang mengatakan beliau ada masalah hubungan dengan pihak istana.

13/07/2013

Typhoon Soulik melanda Taiwan

taiwan_seawall.jpg
Beribu-ribu orang telah dipindahkan di Taiwan dan seluruh pulau mengisytiharkan "zon amaran" seperti Typhoon Soulik dibuat pendaratan awal pagi Sabtu, membunuh seorang dan mencederakan tujuh.
Di Taipei modal, seorang pegawai polis 50 tahun meninggal dunia selepas dia dipukul di kepala oleh bata yang datang longgar semasa taufan, Central Pusat Kecemasan tersebut.
Tujuh orang turut cedera dalam Taipei, kebanyakannya oleh objek jatuh.
Lebih daripada 8,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka, ramai dari kawasan selatan terdedah kepada tanah runtuh, kata pegawai.
"Seluruh negara kini dianggap zon berjaga-jaga," kata seorang pegawai dari Agensi Bomba Kebangsaan berkata, sebagai anggota tentera ditempatkan di kawasan yang berisiko tinggi.
Kira-kira 5,000 daripada mereka yang telah dipindahkan adalah dari zon tanah runtuh di selatan - 3,000 telah berpindah keluar dari bandar Kaohsiung dan 2,000 orang lain daripada Pingtung daerah.
Mereka telah dibawa ke bangunan kerajaan tempatan yang telah bertukar menjadi tempat perlindungan.KLIK SINI UTK BERITA SELANJUTNYA

TUN HANIF MENYEBELAHI PEMBANGKANG ???

Polis, DBKL punca huru-hara Bersih 3.0

Panel ditubuhkan kerajaan mengesahkan polis Malaysia menggunakan kuasa berlebihan terhadap penyokong berbaju kuning dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 tahun lalu sehingga menyebabkan kekacauan di ibu negara Kuala Lumpur.
Sumber dari dalam panel diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar itu juga menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan rapuh mereka dalam tidak membenarkan penganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka untuk acara itu dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), kerana menghentikan bas dan keretapi milik kerajaan daripada masuk ke bandar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...