Translate

09/07/2013

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

08/07/2013

NAK TUNJUK BAIK, TAPI HATI PERUT BUSUK SEPERTI BANGKAI !!!

Anwar munafik untuk mengutuk rampasan kuasa tentera Mesir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Kong Cho Ha yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepura-puraan bagi negara-negara yang mengamalkan demokrasi untuk bersuara terhadap rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Mesir Mohammed Morsi menggesa.
The Setiausaha Agung MCA mendakwa bahawa Ketua Pembangkang sendiri telah mahu merampas kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

PENYAKIT BERJANGKIT MENULAR KE SUKAN SUKMA EDISI KE 16 ???

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN ???

PETALING JAYA: Ia adalah memalukan edisi ke-16 dua tahun sekali Sukan Malaysia.
Seorang pegawai wanita yang tidak berdaftar dengan Wilayah Persekutuan pasukan bola baling telah mendakwa bahawa dia telah dirogol oleh tiga pemain pasukan itu pada hari Rabu di Sukma Games Village at Universiti Putra Malaysia di Serdang.
A Belia jelas kecewa dan Menteri Sukan Khairy Jamaluddin berkata pada sidang akhbar di UPM semalam bahawa dia amat sedih dengan kejadian itu.

07/07/2013

9 pusat mengundi bagi PRK Kuala Besut

KUALA TERENGGANU 7 Julai - Sembilan pusat mengundi akan dibuka bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Fakhrul Razi Ab. Wahab.

Beliau berkata, selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai.

"Bagi pengundian biasa, lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian," katanya kepada Bernama.

Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM750,000.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional, Datuk Dr. A. Rahman Mokhtar 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. - BERNAMA

06/07/2013

PRK DUN K.BESUT: PAS KETEPIKAN TATASUSILA BULAN RAMADHAN ???

MENANG....MENANG....MENANG, itu lah yang diperkatakan oleh setiap penyokong tegar PAS, walaupun akan berlaku..puak-puak HAMPAS tetap akan melaksanakan tindakan-tindakan sepertimana yang telah dilakukan semasa PRU ke 13 yang lalu.


Walaupun memfitnah, menyerang pribadi dan sebagainya... ASALKAN MENANG !!!! kita tunggu dah lihat.. KLIK SINI KALAU TAK PERCAYA

05/07/2013

INILAH CARA YANG DIMAHUKAN OLEH ANWAR IBRAHIM SERTA PAKATAN RAKYAT ????

KAHERAH - Pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui proses demokrasi, Mohammed Morsi kelmarin, setahun selepas beliau berkuasa.

Tentera kemudian menubuhkan sebuah pentadbiran sementara yang diketuai oleh ketua hakim, Adly Mansour sebagai pemangku presiden Mesir.

"Saya bersumpah akan memulihara sistem pentadbiran negara, menghormati perlembagaan dan undang-undang serta melindungi kepentingan rakyat," kata Mansour dalam majlis angkat sumpah di Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir di sini semalam.

Angkatan bersenjata Mesir turut menggantung perlembagaan dan membuat perancangan untuk mengadakan pilihan raya Presiden yang baharu.

Morsi menyifatkan tindakan tentera itu sebagai rampasan kuasa sepenuhnya.

Selepas pengumuman mengenai rampasan kuasa tersebut disiarkan di televisyen, berjuta-juta penunjuk perasaan anti-Morsi bersorak gembira. 

Mereka berpesta sambil menjerit "Tuhan Maha Besar" dan "Hidup Mesir".

04/07/2013

PEMERIKSAAN BERTERUSAN PERLU DILAKUKAN KE ATAS RESTORAN DAN GERAI MAKAN

Restoran 'ternak' lipas ditutup
Tindakan berterusan perlu diadakan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan ke atas restoran, kedai makan yang kian membiak disekitar Kuala Terengganu dan khasnya di Daerah Marang. Tapi apa yang berlaku pemeriksaan hanya dilakukan apabila ada laporan atau teguran yang dibuat oleh pelanggan.

Janganlah sampai perkara sedemikian berlaku seperti berikut:

03/07/2013

APA DAH JADI DENGAN ZIZAN RAZAK ?????

SHAH ALAM: Pelawak Zizan Razak menganggap berita percintaannya dengan Emma Maembong selepas dia bertindak menghantar salinan (tagged) gambarnya di laman Instagram kepada pelakon itu tidak disalahertikan selain menganggap ia sengaja diperbesar-besarkan.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, tindakan itu tidak mempunyai sebarang maksud sebaliknya dia berbuat demikian kerana Emma pernah memberitahunya dia sukakan keindahan kota Paris.

"Saya tagged kepada dia gambar-gambar saya di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukannya saya mempunyai dengan niat lain ataupun kami sedang bercinta.

LAMAN SESAWANG PHISHING TERUS DIPANTAU DAN DIAMBIL TINDAKAN OLEH SKMM

CYBERJAYA - Sebanyak 652 laman sesawang yang melakukan phishing bagi mendapatkan maklumat rahsia pengguna internet lain untuk tujuan salah disekat dari Januari hingga Mei pada tahun ini berbanding 835 bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, jumlah laman web yang dikesan dan disekat itu bagaimanapun menurun sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM iaitu jabatan bertanggungjawab menangani masalah phishing, berfungsi 24 jam sehari dan mengambil masa tidak lebih dari empat jam untuk menutup sesebuah laman phishing yang dikesan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wong Wai Leong serta Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik Bank Negara Malaysia (BNM), Shariffuddin Khalid.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...