Translate

04/07/2013

PEMERIKSAAN BERTERUSAN PERLU DILAKUKAN KE ATAS RESTORAN DAN GERAI MAKAN

Restoran 'ternak' lipas ditutup
Tindakan berterusan perlu diadakan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan ke atas restoran, kedai makan yang kian membiak disekitar Kuala Terengganu dan khasnya di Daerah Marang. Tapi apa yang berlaku pemeriksaan hanya dilakukan apabila ada laporan atau teguran yang dibuat oleh pelanggan.

Janganlah sampai perkara sedemikian berlaku seperti berikut:

03/07/2013

APA DAH JADI DENGAN ZIZAN RAZAK ?????

SHAH ALAM: Pelawak Zizan Razak menganggap berita percintaannya dengan Emma Maembong selepas dia bertindak menghantar salinan (tagged) gambarnya di laman Instagram kepada pelakon itu tidak disalahertikan selain menganggap ia sengaja diperbesar-besarkan.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, tindakan itu tidak mempunyai sebarang maksud sebaliknya dia berbuat demikian kerana Emma pernah memberitahunya dia sukakan keindahan kota Paris.

"Saya tagged kepada dia gambar-gambar saya di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukannya saya mempunyai dengan niat lain ataupun kami sedang bercinta.

LAMAN SESAWANG PHISHING TERUS DIPANTAU DAN DIAMBIL TINDAKAN OLEH SKMM

CYBERJAYA - Sebanyak 652 laman sesawang yang melakukan phishing bagi mendapatkan maklumat rahsia pengguna internet lain untuk tujuan salah disekat dari Januari hingga Mei pada tahun ini berbanding 835 bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, jumlah laman web yang dikesan dan disekat itu bagaimanapun menurun sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM iaitu jabatan bertanggungjawab menangani masalah phishing, berfungsi 24 jam sehari dan mengambil masa tidak lebih dari empat jam untuk menutup sesebuah laman phishing yang dikesan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Wong Wai Leong serta Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik Bank Negara Malaysia (BNM), Shariffuddin Khalid.

01/07/2013

HAI... BILA LAGI KES SONDOL AL-JUBURI UNTUK DIDENGAR ????

Kes Rogol Budak Bawah Umur: Mahkamah Kesan Air Mani Di Pelapik Tempat Duduk, Sapu Tangan.

Perbicaraan kes rogol budak perempuan bawah umur yang kemudian dikahwini lelaki yang didakwa merogolnya di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin diberitahu ujian awal mendapati tiga daripada 19 eksibit yang dianalisis mengandungi kesan air mani.
Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Kota Kinabalu Biling Peter Raig berkata air mani itu dikesan pada satu pelapik tempat duduk dan dua helai sapu tangan.
Bagaimanapun, sampel eksibit itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia Kuching bagi menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk kepastian, katanya semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.
Masyarakat DUNIA sedang menunggu-nunggu perbicaraan USTAZ NUAR AL-JUBURI di Mahkamah yang dijangka berlangsung dalam Julai ini.
Penjara Sungai Buloh mungkin menunggunya.... di bilik 505.

30/06/2013

KENAPA KEPUTUSAN MAJLIS FATWA DI MALAYSIA TIDAK DISELARASKAN ???

Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya menyelaraskan apa jua fatwa yang dikeluarkan di peringkat Negeri atau Pusat. Kenapa perkara sedemikian tidak diberi perhatian yang serious ???  KLIK

Hisap e-rokok di sekolah:  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan melaksanakan pengharaman segera terhadap penjualan rokok elektronik atau e-rokok yang semakin popular dalam kalangan belia khususnya pelajar.

Ini berikutan kajian dijalankan CAP di sebuah pusat beli- belah di sini yang mendapati, lebih 10 buah premis jualan rokok elektronik beroperasi dengan sebahagian besar peniaga terdiri daripada remaja wanita.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris, berkata, penjualan e-rokok semakin meningkat di negeri ini dan ramai pelajar sekolah menengah didapati menghisapnya.

Menurut beliau, perkara itu didedahkan sendiri oleh guru di sebuah sekolah apabila menahan lebih 60 pelajar yang didapati menghisap e-rokok pelbagai perisa.

KECEKAPAN SEORANG REMAJA WANITA MENANGKAP IKAN

Seorang gadis berusia 19 tahun menjadi wanita pertama memenangi pertandingan menangkap ikan menggunakan tangan di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Gadis tersebut, Lucy Millsap menjuarai pertandingan itu selepas menangkap spesies ikan patin seberat 32.7 kilogram (kg) di Tasik Texoma baru-baru ini.

Dia memenangi wang tunai AS$1,500 (RM4,804) selepas menjuarai kategori ikan besar pada pertandingan tersebut yang disertai oleh 200 peserta.

"Ayah bertanya jika saya mahu menyertai kategori wanita, tetapi saya menjawab tidak, saya mahu mengalahkan peserta lelaki," katanya dalam satu temu bual selepas pertandingan itu selesai.

Dikenali sebagai Festival Okie Noodling, pertandingan tersebut memerlukan peserta menyeluk lubang di dalam tasik yang menjadi sarang ikan itu.

Peserta kemudian akan menangkap ikan patin yang menyambar tangan mereka.

Acara tahunan yang menarik kehadiran beberapa ribu penonton itu dimulakan oleh seorang pembikin filem Oklahoma, Bradley Beesley bagi memperkenalkan sukan tersebut.

29/06/2013

KERAJAAN PERLU AMBIL PERHATIAN SERIOUS - 45% KAKITANGAN AWAM TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH SENDIRI

KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman hari ini.
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup,” katanya kepada Bernama.
Beliau turut meluahkan kebimbangan akan implikasi masalah itu jika ditangani segera.
"Antaranya ialah jika mereka membeli rumah pada usia lanjut, ini bermakna mereka akan mengambil masa lebih panjang untuk membayar balik pinjaman.
"Kesannya mereka akan menggunakan semua simpanan dan duit pencen yang sepatutnya digunakan untuk hari tua untuk membayar balik pinjaman itu. Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dibelenggu hutang,” katanya. - Bernama

TENGKORAK KANAK2 RETAK GARA-GARA KECUAIAN PENGASUH

Kangar: “Saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak yang hanya baru pandai meniarap tiba-tiba lembik serta tidak sedarkan diri,” kata Rizuwan Shafiee, 27, selepas anaknya Arman Iskandar, enam bulan koma dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Mangsa dipercayai retak tengkorak di belakang kepala sepanjang sejengkal dalam kejadian di antara jam 8 hingga jam 11 pagi, Selasa lalu di sebuah taman di Jalan Kampung Guar Syed Alwi, di sini.
Difahamkan, mangsa yang juga anak tunggal pasangan Ridzuwan dan isterinya yang juga seorang penjawat awam Hazwani Ibrahim, 26.

Rizuwan berkata, kejadian itu hanya dimaklumkan kepada isterinya kira-kira jam 11 pagi hari kejadian sebelum bergegas ke rumah pengasuh itu.
“Saya bekerja sebagai juruteknik di Gurun, Kedah dan hanya isteri berada di Kangar ketika itu.

“Isteri saya ke rumah pengasuh dan terkejut melihat keadaan Arman yang tidak sedarkan diri serta kepalanya membengkak akibat kesan retakan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar, Kedah. BERSAMBUNG

28/06/2013

Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Shisha

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...