Translate

29/06/2013

KERAJAAN PERLU AMBIL PERHATIAN SERIOUS - 45% KAKITANGAN AWAM TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH SENDIRI

KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman hari ini.
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup,” katanya kepada Bernama.
Beliau turut meluahkan kebimbangan akan implikasi masalah itu jika ditangani segera.
"Antaranya ialah jika mereka membeli rumah pada usia lanjut, ini bermakna mereka akan mengambil masa lebih panjang untuk membayar balik pinjaman.
"Kesannya mereka akan menggunakan semua simpanan dan duit pencen yang sepatutnya digunakan untuk hari tua untuk membayar balik pinjaman itu. Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dibelenggu hutang,” katanya. - Bernama

TENGKORAK KANAK2 RETAK GARA-GARA KECUAIAN PENGASUH

Kangar: “Saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak yang hanya baru pandai meniarap tiba-tiba lembik serta tidak sedarkan diri,” kata Rizuwan Shafiee, 27, selepas anaknya Arman Iskandar, enam bulan koma dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Mangsa dipercayai retak tengkorak di belakang kepala sepanjang sejengkal dalam kejadian di antara jam 8 hingga jam 11 pagi, Selasa lalu di sebuah taman di Jalan Kampung Guar Syed Alwi, di sini.
Difahamkan, mangsa yang juga anak tunggal pasangan Ridzuwan dan isterinya yang juga seorang penjawat awam Hazwani Ibrahim, 26.

Rizuwan berkata, kejadian itu hanya dimaklumkan kepada isterinya kira-kira jam 11 pagi hari kejadian sebelum bergegas ke rumah pengasuh itu.
“Saya bekerja sebagai juruteknik di Gurun, Kedah dan hanya isteri berada di Kangar ketika itu.

“Isteri saya ke rumah pengasuh dan terkejut melihat keadaan Arman yang tidak sedarkan diri serta kepalanya membengkak akibat kesan retakan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar, Kedah. BERSAMBUNG

28/06/2013

Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Shisha

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

27/06/2013

PAS YAKIN AKAN BERJAYA MERAMPAS NEGERI TERENGGANJ !!!!

PRK Kuala Besut Bakal Tentukan Nasib Terengganu.

PETALING JAYA: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.
Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.
Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.

26/06/2013

PEMUDA, BELIA ATAU REMAJA JANGAN TERLALU GHAIRAH DAN IKUT PERASAAN IBLIS !!!!

Selayak Mereka Dicampak Ke Dalam Lori Sampah DBKL… ATAU di dalam LUBANG NAJIS..

‘Black’ atau hitam selalunya merujuk kepada benda-benda gelap, jahat atau terlarang.  Misalnya, ‘ilmu hitam’ atau ‘sejarah hitam’ iaitu perkara-perkara buruk dan tidak baik.  Hati yang hitam juga membawa makna hati busuk atau jahat.  Hitam juga bererti kemusnahan.
Oleh itu, keputusan Anwar memilih perkataan ‘hitam’ untuk berhimpun, dengan sendirinya menggambarkan niatnya yang jahat.   Dan kali ini, niatnya itu diiringi oleh alam semesta yang turut kelam diselubungi jerebu yang teruk.
Bagaikan bukan kebetulan apabila jerebu yang melanda setiap tahun ini, merupakan yang terburuk dalam sejarah.   Mungkin jerebu ini sengaja diturunkan Allah SWT bagi menyelimut puak-puak PR yang bergelimpangan tidur di Padang Merbok.
Dalam mereka bergelimpangan tidur, tidak semena-mena dikejutkan oleh DBKL pada jam 4.00 pagi.   Dari situ dalam keadaan tidak terurus, busuk tak mandi pagi dan entah di mana mereka membuang air, mereka berjalan menuju ke Parlimen pula untuk berbaring secara berbaris di jalanraya sambil berasak lelaki perempuan. KLIK

25/06/2013

HAI BETUL KE LAGU NE... ATAU MAIN WAYANG AJE ????

PCM Buat Laporan Polis Pemilik Akaun Facebook Hina Agama Islam.

Kalau betul bagus la.. kita semua ni kan tinggal di Malaysia yang dihuni oleh berbagai bangsa, agama sebagainya.

BUTTERWORTH: Parti Cinta Malaysia (PCM) pada Isnin membuat laporan polis terhadap tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan berkata PCM mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun yang menggunakan nama Sally Yen itu kerana menghina agama lain.
"Perbuatan pemilik akaun itu sangat tidak bertanggungjawab dan dengan jelas telah menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam komennya hari ini dan ramai umat Islam marah dengan tindakannya itu.

Jerebu: Presiden Indonesia Minta Maaf Kepada Malaysia & Singapura

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.
"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
"Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya.
Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu.

23/06/2013

JABATAN UNDANG2 (JUHAM) YANG TIDAK BERKUALITI ????

Nama aje Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia tapi tiada berkualiti atau tidak memahami atau saja-saja nak buat kecoh atau nak glamour kot ????


Husam kan dah disuruh jaga Kandang KAMBING BOER di Ladang Rakyat Kelantan, tapi kenapa pulak mengembek di Kuala Lumpur. Haa.... kan dah kena tangkap !!

Sikit masa lagi, kena tangkap pulak dengan Petugas-Petugas Pusat Hospital Tampoi atau Tanjung Rambutan kerana pandai-pandai mengeluarkan FATWA SONGSANG yang mendahului Presiden PAS DS Haji Hadi Awang. SUMBER: HARAMKAH DAILY

USTAZ NUAR AL-JUBURI MERANCANG STRATEGI BARU SETELAH GAGAL "BLACKOUT 505" ???


Tak percaya tunggu, lihat dan dengar apakah strategi baru yang akan dijalankan oleh NUAR AL-JUBURI setelah apa yang dirancang selama ini menemui jalan buntu serta kegagalan yang amat sangat, demi untuk mencapai hasrat KOTOR DAN JIJIK nya.


Tahniah PDRM dan pihak berkuasa yang lain kerana dapat membendung gegala jahat serta NIAT PENGKHIANAT untuk mengkucar-kacirkan negara. BLACKOUT 505

PERHIMPUNAN BLACK 505 ADALAH PENGKHIANAT NEGARA

Tindakan Berkhemah di Padang Merbok Menyimpang Daripada Janji Berhimpun Secara Aman

Rakyat Malaysia memerhati dan melihat apakah tindakan yang effektif diambil oleh pihak berkuasa kepada penganjur dan peserta perhimpunan yang dilihat cuba menonjolkan sikap ganas dan budaya barat yang tidak sepatutnya dilakukan.

Tapi jangan sampai rakyat merasa bosan dengan ungkapan-ungkapan yang diluahkan oleh pegawai atasan pihak berkuasa hanya untuk menyedapkan telinga pendengar saja.


KUALA LUMPUR: Tindakan Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) berkhemah di Padang Merbok, Jalan Parlimen, di sini pada Sabtu, menimbulkan tanda soal terhadap tujuan sebenar Perhimpunan Black 505 anjuran pembangkang membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas.
Walaupun perhimpunan itu umumnya berlangsung aman, tindakan sekumpulan SAMM berkhemah di situ selepas perhimpunan petang ini, boleh menjurus kepada pertembungan antara mereka dengan pihak penguatkuasa dan undang-undang sekiranya mereka tetap berdegil.
Perbuatan berkhemah di tempat awam bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjelang majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat Isnin ini sudah menyimpang daripada janji penganjur bahawa mereka sekadar mahu berhimpun secara aman hari ini. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...