Kalau betul bagus la.. kita semua ni kan tinggal di Malaysia yang dihuni oleh berbagai bangsa, agama sebagainya.
BUTTERWORTH: Parti Cinta Malaysia (PCM) pada Isnin membuat laporan polis terhadap tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan berkata PCM mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun yang menggunakan nama Sally Yen itu kerana menghina agama lain.
"Perbuatan pemilik akaun itu sangat tidak bertanggungjawab dan dengan jelas telah menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam komennya hari ini dan ramai umat Islam marah dengan tindakannya itu.