Translate

20/06/2013

ADUN PKR CHRISTINA LIEW DARI API-API RUPA-RUPANYA WARGA INDONESIA !!!

Pakatan Rakyat dok sibuk dengan isu gejala pemberian Kad Pengenalan Palsu di Sabah terbongkar setelah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.

Apa dah jadi, puak-puak haram jadah ni.... buka pekong sendiri rupa-rupanya.

19/06/2013

Isteri nafsu binatang cari lelaki lain !!!

Padah maksiat isteri orang
BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Tak Perlu Nak Bincang-Bincang, Ambil Tindakan Segara !!!!

Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi

Undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW, sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 


Tindakan yang lebih efektif, cepat dan berkesan perlu dilaksanakan dan janganlah sampai berlarutan. Apa perlu untuk diperbincangkan lagi ????

Polis mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyelaras tindakan terhadap pengguna media sosial yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW dalam komen mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun secara umumnya perkara itu berada di bawah bidang kuasa SKMM, namun penyelarasan dibuat bagi memudahkan polis mendakwa mereka yang terlibat mengikut akta tertentu.  KLIK

Pengarah GATAL dan Pelakun pulak SEXY ???

Gambar hiasan

Diraba pengarah drama, pelakon baharu buat laporan polis

KUALA LUMPUR - Pelakon baharu, Ffarrah Ismail nekad membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dicabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama yang berusia dalam lingkungan 60 tahun.
Ffarrah, 22, yang membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, pada pukul 8.30 malam semalam berkata, tindakan itu terpaksa diambil ekoran bimbang keselamatan dirinya selepas menerima ugutan daripada pengarah terbabit supaya tidak menyebarkan perlakuannya kepada mana-mana pihak.
“Saya berlakon dalam drama arahannya sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama dia telah meraba buah dada dan mencium saya tanpa kerelaan ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara, selepas perjumpaan tentang penggambaran drama.
“Kemudian, dia mengugut saya dengan mengatakan masa depan saya akan gelap sekiranya saya memberitahu orang lain tentang perkara itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

18/06/2013

Pak Janggut Putih perlu sedar siapa diri anda ????

Pak Janggut Putih @ Pak Samad Said perlu sedar siapa diri anda. Mentang-mentang bergelar Sasterawan Negara sudah cuba hendak membidas pihak kerajaan dengan perkara-perkara yang remeh temeh. 

Bak pepatah Melayu "RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI" ingatlah...

Belia telah membidas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kesal kerana kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi dengan baik semasa Pilihan Raya 2013 membuktikan badan penggendali pilihan raya itu bersalah. KLIK

15/06/2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG KESEMUANYA DAH GILA ????

SPR Digesa Jangan Layan Desakan Badut Politik Pembangkang


Kepimpinan Pakatan Pembangkang terus dibidas berhubung desakan mereka agar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan atas tuduhan kegagalan melaksanakan pilihanraya dengan telus dan adil. 
Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, kepimpinan pembangkang perlu menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya  meletakkan jawatan.
“Mereka bising-bising suruh Tan Sri Aziz letak jawatan kerana mereka dakwa berlakunya penyelewengan ketika pilihanraya, sedangkan tidak ada langsung  bukti yang mereka kemukakan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. KLIK

Video seks: Wakil rakyat DAP nafi terlibat

Video seks: Wakil rakyat DAP nafi terlibat
SEREMBAN – Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran menafikan dirinya adalah individu dalam video seks yang tersebar dalam Youtube.

Dua video seks berdurasi 1 minit 18 saat dan 3 minit 15 saat yang bertajuk 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal' dan ‘Wakil Rakyat DAP Guna Scandal 03’ itu dimuat naik di Youtube pada 1 dan 2 Mei lalu.

Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik.

Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap.

Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu.

"Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya. Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu.

"Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu,” katanya.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar  untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau.

“Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini. Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya.

“Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri,” katanya. KLIK


14/06/2013

Terowong bawah tanah ditemui


KOTA BHARU - Pada tahun lalu orang ramai dikejutkan dengan penemuan misteri kononnya terdapat sebuah terowong bawah tanah di Kampung Palekbang, Tumpat dekat sini.

Bagaimanapun, kewujudan terowong tersebut dinafikan penduduk kerana ia sebenarnya hanya sebuah telaga yang di bawahnya terdapat saluran air yang mengalir ke Sungai Kelantan.

Baru-baru ini, cerita mengenai kewujudan sebuah terowong bawah tanah di Kelantan timbul lagi tetapi kali ini ia benar-benar wujud di Kampung Kalai, Jeli dekat sini baru-baru ini.

Presiden Kelab Pencinta Sejarah Kelantan, Mohd. Idham Rashid berkata, terowong itu dipercayai digali pada zaman sebelum kedatangan British dan ditemui pihaknya sejak Februari lalu.

Menurutnya, terowong tersebut juga dipercayai boleh menembusi sehingga ke sempadan Thailand.

"Mungkin ramai yang tidak mengetahui Kampung Kalai adalah sebuah pekan lama dan satu-satunya sempadan darat di Kelantan yang memisahkan Malaysia dengan Thailand

Kematian kakitangan UMT akibat virus kencing tikus

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lepas setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis).

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, sehubungan itu jabatan telah menjalankan ujian terhadap anggota keluarga lelaki itu dan mereka yang berhubungan dengannya.

Perkara yang sama tak mustahil berlaku di BANGUNAN UMNO MARANG ?



Masih belum mendapat kelulusan daripada pihak-pihak tertentu terutamanya SKMM dan Pejabat Daerah, menara P1 telah dinaikkan. Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku ??????

Tindakan yang lebih drastik perlu diambil ke atas mereka-mereka yang membelakangkan undang-undang, demi keselamatan masyarakat persekitaran.

Rasuk Konkrit Bertetulang Sepanjang 20 Kaki Tergantung Di Menara Umno

GEORGE TOWN: Rasuk konkrit bertetulang (beam) sepanjang 20 kaki tergantung di Menara Umno di Jalan Macalister di sini berikutan kejadian ribut kencang di Pulau Pinang pada petang Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pihak berkuasa telah bekerjasama dengan pemaju untuk menurunkan rasuk tersebut.
"Kami menyekat kemasukan ke bangunan tersebut dan menutup laluan sepanjang 1km kerana rasuk berkenaan boleh terjatuh pada bila-bila masa," katanya.  KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...