Translate

11/06/2013

"SESUMPAH" akan mampus tidak lama lagi ???

anwar-sumpah-tak-buat-lagi-parlimen-taubat
Percayalah… 24 Jun Ini Satu Lagi Penipuan Akan Berlaku.

Menipu sepatutnya jadi nama tengah Anwar Ibrahim.  Sepatutnya nama dia perlu disebut begini, Anwar ‘Menipu’ Ibrahim.  Dah banyak dah penipuan Anwar ni kalau kita nak sebut, tak payah cerita panjang-panjang pun semua orang tau.
Terbaru, ‘jolokan’ Anwar kononnya PKR akan boikot upacara angkat sumpah ahli Parlimen pada 24hb nanti, sementara 2 parti komponen dalam pakatan pembangkang, Pas dan DAP tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Pendirian Pas dan DAP tidak sukar dikupas sebab pilihanraya dan pemilihan wakil adalah satu cerita rumit, bukan cerita mudah yang boleh dibuat main-main macam cadangan Anwar.
Tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat, mimpi Anwar kali ini besar, jadi Perdana Menteri dan bila impian itu tidak tercapai, apalah sangat kalau tak angkat sumpah jadi Ahli Parlimen.

10/06/2013

Tawaran penuh muslihat Kiram

Tawaran penuh muslihat Kiram
LAHAD DATU – Meskipun ancaman penceroboh di Lahad Datu sudah berakhir, namun pengalaman pahit tetap segar di ingatan penduduk. Apa yang jelas, pengganas Kiram sudah lama merancang  untuk masuk ke Sabah dan menawan Borneo dengan hajat meletakkan kepulauan itu di bawah kekuasaan Sultan Sulu.

Beberapa ketua kampung dan pengerusi JKKK mengakui kewujudan pelbagai tawaran dari pengganas untuk memujuk penduduk di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu, Kampung Sungai Bilis, Kampung  Tinagian, Kampung Lok Buani dan Kampung Lok Sembuang menyokong tindakan mereka.

Menyoroti semula kisah enam bulan sebelum pengganas menyusup masuk ke Lahad Datu, Ketua Kampung Tinagian, Abdul Aziz Linggan mengakui ada mendapat perkhabaran mengenai kemasukan ejen–ejen pengganas yang dilantik untuk memujuk penduduk kampung menyertai mereka.

09/06/2013

Tunku Abdul Aziz terima ugutan bunuh dari samseng DAP ???

Tunku Abdul Aziz keluar DAP
PETALING JAYA - Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini berkata ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam tadi.

Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis.

"Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen.

"Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama

08/06/2013

Akta Derhaka: Kerajaan akan bincang, teliti

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan akan meneliti keperluan mewujudkan Akta Derhaka bagi membendung penularan gejala menghina institusi diraja yang semakin serius terutama di laman-laman sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, untuk itu, beliau akan berbincang dengan rakan sejawatannya, Nancy Shukri yang bertanggungjawab terhadap Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).

Menurutnya, penelitian dan perbincangan terbabit akan turut melibatkan penggubal undang-undang selain pandangan Jabatan Peguam Negara.

"Selepas itu kita akan bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan. Tetapi bagi saya, kalau nak wujudkan akta baharu, kita kena perhati (teliti) betul-betul walaupun undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

"Kalau ada yang kata undang-undang kini tidak cukup kuat, kita akan kuatkan,’’ katanya kepada Utusan Online ketika ditemui pada majlis perasmian klinik pakar rawatan optometri dan kanta sentuh khas, D’Optometrist, di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


07/06/2013

Rasis Dan Cauvinis Sudah Jadi Darah Daging Perjuangan DAP

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din,  membidas kepimpinan DAP yang mendakwa bahawa parti tersebut mengamalkan demokrasi, kebebasan dan ketelusan dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan parti itu sendiri.
Menurut beliau, biarpun kepimpinan DAP cuba menyakinkan rakyat bahawa parti tersebut terbuka  dan cuba membentuk persepsi rakyat dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti rasis, namun hakikatnya rakyat di negara ini tidak buta untuk melihat sikap rasis, tidak telus dan bersikap tidak adil yang diamalkan oleh kepimpinan DAP hari ini.
“Di mana kebebasan dan keadilannya apabila DAP sendiri menghalang akhbar tertentu daripada menghadiri program mereka dan amat takut dikritik?
“Di mana pula keadilan di dalam DAP apabila peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang ditindas dan dinafikan hak mereka? Adilkah DAP apabila lebih menumpukan kepada pembangunan hartanah mewah dan melupakan rakyat miskin di Pulau Pinang?
“Di mana demokrasi di dalam DAP yang dilaung-laungkan oleh pemimpin mereka apabila pemilihan CEC parti mereka sendiri  penuh dengan penyelewengan?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. KLIK

05/06/2013

Najib seru umat Islam kembali bersatu, jadikan Malaysia negara Islam progresif

KUALA LUMPUR - Sempena peristiwa Israk dan Mikraj, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru umat Islam di negara ini agar kembali bersatu hati meneruskan agenda transformasi demi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif.
Mengambil contoh Nabi Muhammad SAW yang mengimami solat yang disertai seluruh para nabi semasa peristiwa itu di Masjidil Aqsa, Perdana Menteri berkata ia menjelaskan kepentingan menyatukan ummah dalam menegakkan risalah Allah di muka bumi ini.
"Oleh yang demikian, sempena peristiwa hebat Israk dan Mikraj ini, marilah kita semua kembali bersatu hati dalam meneruskan agenda transformasi kita untuk menjulang Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang progresif, maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti,” katanya dalam perutusan khas sempena peristiwa Israk dan Mikraj 1434H, yang dimuatnaik di laman blog www.1malaysia.com.my hari ini.
Beliau berkata peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku dalam bulan Rejab bagi menyatakan kekhususan Nabi Muhammad SAW itu memberi makna yang besar kepada seluruh umat Islam.
Katanya, pelbagai elemen seperti keimanan, sejarah, sirah, politik, sosial, geografi dan teknologi telah digabung-jalinkan untuk dijadikan iktibar kepada umat pada masa ini. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...