Translate

29/05/2013

"ANWAR SPRING" TIDAK BERTAMADUN, BIADAP DAN SIALAN


"ANWAR SPRING" ADALAH PENGKHIANAT NEGARA....

Kuala Lumpur: Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar ‘Anwar Spring’ dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. 

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.


Sanggup hasut rakyat

“Cukuplah (berdemonstrasi), Barisan Nasional (BN) juga sedih kerana tidak mampu memperoleh kemenangan dua pertiga (Parlimen), namun ada yang lebih sedih kerana gagal membentuk kerajaan baru iaitu Anwar Ibrahim. Sebab itulah pelbagai cara yang dilakukan sehingga sanggup menghasut rakyat mengadakan perhimpunan.

“Malah, tujuan utama mereka mengadakan demonstrasi kerana sengaja mahu melakukan provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa sama mendapatkan perhatian dari media asing, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara huru-hara,” katanya

26/05/2013

USTAZAH MEE SEGERA KECEWA DENGAN USTAZ AZHAR ???

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus yang telah mendirikan mahligai dengan pasangannya yang ke-3 pada hari ini Ahad, 26 Mei 2013 bertempat di Perumahan Taman Keramat Permai, AU1, Keramat, Kuala Lumpur.KLIK

ANWAR SALAHKAN BN KERANA TAK JADI PERDANA MENTERI

Anwar salahkan BN sebagai punca perjanjian damai dengan Najib berkecai

PETALING JAYA, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.
“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.” KLIK

24/05/2013

APA DAH JADI DENGAN SINDIKET JUAL IJAZAH PALSU - UMNO, BN TERLIBAT ????


Seramai 525 orang termasuk seorang Tan Sri dan ahli politik telah membeli ijazah palsu daripada IPTS terbabit yang turut beroperasi secara dalam talian sejak 2003.



Pilihanraya dan pun selesai, apa lagi yang hendak ditutup ataupun masih lagi dalam siasatan??? 

Senarai mereka-mereka yang terlibat perlulah diumumkan. 

Inilah orang yang sangat-sangat merbahaya jika dibiarkan penglibatan mereka dalam Kerajaan, Swasta terutama membabitkan Kementerian Kesihatan, Pendidikan, Keselamatan dan sebagainya.

BERLAGAK PANDAI TAPI BODOH !!! MENIPU DIRI SENDIRI, JIKA TAK MENYUSAH ORANG RAMAI, TAK APALAH.

Diharap pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan perlu menyenaraikan nama-nama Tan Sri, Datuk dan ahli politik yang terlibat supaya rakyat tahu. KLIK

Nasib ahli UMNO sabotaj BN diketahui minggu depan termasuk 6 budak hitam ???


MEREKA ADALAH PENGKHIANAT SAMA SEPERTI DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU ??? KALAU PERLU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI PUN DAH PATUT !!!!

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO pada PRU-13.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...