SEBAHAGIAN penyokong Husam yang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu |
Penyokong Husam Musa bantah
KOTA BHARU - Kegembiraan kerajaan Pas Kelantan meraikan kejayaan mengekalkan pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tercalar apabila ia kini terpaksa berdepan dengan krisis dalaman yang serius.
Semalam, hampir 200 penyokong Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan demonstrasi di hadapan kompleks pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, di sini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pucuk pimpinan negeri.
Kumpulan tersebut mula berkumpul kira-kira pukul 9.30 pagi untuk menyatakan rasa kecewa selepas Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan tidak dilantik memegang jawatan sama ada sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri.