Translate

27/04/2013

Penyedap Anwar Ibrahim di GANTUNG ???

RELAX LA.. BUKAN GANTUNG SAMPAI MATI, TAPI....
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, pada Jumaat mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.
Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.
Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.

ANWAR IBRAHIM TERDESAK ???


Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang. KLIK
    
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
     
Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN). SINAR

26/04/2013

PENCERAMAH PAS SANGGUP MEMFITNAH, MENGHINA DI MALAM JUMAAT

Ceramah di tepi hutan Kg. Darat Pak Chan
ORANG KAMPUNG DAH MUAK DENGAN CERAMAH FITNAH PAS !!!

Begitulah keadaannya Ustaz PAS yang dipanggil oleh pengikut nya !! Pakai serban, baju labuh dan berjanggut sah dipanggil USTAZ....

Pengajian serta keilmuan tidak sampai ke mana, berlebih-lebih lagi kaki "LAWYER BURUK" dikampung mula dilantik memberi ceramah disetiap pelusuk kampong di sekitar kawasan DUN Rhu Rendang.

Tapi malangnya tempat-tempat ceramah terletak dihujung kampong, didalam hutan serta semak samun.  Kita tidak tahu apa tujuan puak-puak ini mengadakan ceramah ditepi-tepi hutan...

25/04/2013

Muhamad tidak layak untuk menyertai Pas, tapi layak masuk DAP ???

TONG SAMPAH adalah bekas yang menerima segala sampah atau bahan buangan ialah bahan sisa yang tidak diinginkan setelah berakhirnya suatu proses.

Inilah yang berlakunya ke atas PAS ketika ini, menerima Artis, Pejawat Awam yang kecewa.... dan banyak lagi la... hujungnya kecewa tidak mendapat sesuatu yang diinginkan atau terlibat didalam berbagai-bagai unsur penyelewengan dsbnya..

Kalau nak diceritakan terlalu banyak. Tapi hakikatnya adalah sama sepertimana yang telah di pertikaikan oleh KARPAL SINGH KLIK

Yang peliknya kesemua mereka-mereka ini masuk PAS !!!!! itu sebabnya kita boleh nyatakan disini PAS UMPAMA TONG SAMPAH... dengan lebih tepat lagi PAS adalah Parti Angkat Sampah.

DAP Johor mensasarkan untuk mengalihkan perhatian daripada tenggelam Pulau Pinang

Zahrain Mohamed Hashim Penang DAP
KUALA LUMPUR: DAP meletakkan usaha tambahan di Johor kerana kepimpinan parti itu cuba menyembunyikan hakikat bahawa pimpinan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan goyah, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim mendedahkan hari ini.

Bayan Baru bekas Ahli Parlimen dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pemimpin di Pulau Pinang, sehingga dia keluar parti, berkata beliau dimaklumkan oleh orang dalam parti pembangkang bahawa usaha untuk mengalihkan perhatian telah dimulakan berikutan tussles berkesudahan antara komponen Pakatan Rakyat di negeri ini.

Analisis #PRU13 - Kini @NgehKooHam Ditengking Pengundi Beruas Kerana Tidak Berkhidmat Untuk Rakyat #TolakPR #GE13 #PRU13

Calon DAP Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ditengking oleh seorang warga emas penduduk Pantai Remis sebaik beliau datang untuk berkempen di sebuah kedai kopi di sana.

Warga emas tersebut juga enggan bersalaman dengan Datuk Ngeh kerana beliau tidak berpuas hati sepanjang 5 tahun Datuk Ngeh menjadi ahli parlimen Beruas, tidak pernah sekali pun beliau turun padang untuk menyelesaikan masalah penduduk-penduduk.

Warga emas tersebut juga kecewa kerana DAP gagal menyelesaikan masalah beliau sebaliknya bertindak “lepas tangan” dan menyeru pengundi agar menolak pemimpin sebegini kerana tidak komited sebagai ahli parlimen.

24/04/2013

TUMBANG, TUMBANG, TUMBANG PAKATAN..... EEEE.....HAAAAA...!!!!!


Sejak beberapa hari ne... apabila aku nak tidur aje, teringat lawak PAKATAN...

Saje kot puak-puak PAS bernasyid untuk menjatuhkan PKR dan DAP !!

Yang seronok sekali, TUKANG KARUT PAS demam dan tidak keluar rumah kena serang dengan perkataan yang kotor-kotor oleh AHLI-AHLI NASYID PAS.

Sehingga ke hari ini youtube yang tersebar telah mendapat sambutan yang agak luar biasa KLIK dan ramai yang mendapat rawatan di Klinik kerana sakit perut..................KETAWA.....

23/04/2013

VIDEO LUCAH: POK STOPA ALI LARI KELUAR NEGARA ?????

Video lucah: UMNO fail saman terhadap Mustafa Ali

KUALA LUMPUR 23 April - UMNO telah memfailkan saman terhadap Datuk Mustafa Ali, berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang.

Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti Pegawai Awam bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan juga plaintif, melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Selain Mustafa, Abdul Rauf selaku pihak plaintif, turut menamakan peguam, Asmuni Awi dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong sebagai pihak defendan.

Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf. - UTUSAN ONLINE


PAKATAN RAKYAT BERCERAI TALAK 3 ?????????


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan palsu pembangkang boleh disifatkan seperti 'perkahwinan politik' secara kontrak atau perkahwinan mutaah yang boleh bercerai pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara diam-diam turut memaki hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati dirinya terjerat dengan strategi pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang dikatakan bakal menjadi 'kubur' kerjaya politiknya.

Petugas PAS Kg. Kijing langgar peraturan penguatkuasa !!!

 

Satu demi satu pelanggaran undang-undang dilakukan oleh pengikut-pengikut  PAS sempena kempen PRU ke 13 kali ini.

Kali ini berlain daripada tempat-tempat lain. Cuba lihat gambar yang dipaparkan, Pintu Gerbang yang dibina khas oleh pengikut-pengikut PAS terletak berhadapan dengan Peti Undi PAS KG. KIJING sanggup memecahkan benteng batu penghalang di lebuhraya berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang. 

Hi-Tea Bersama Anwar kena bayar RM20...!!!


SABAK BERNAM: Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.
Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.
Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.

22/04/2013

MELINDUNGI PELAKU ATAU PENGEDAR PIL KUDA ADALAH SATU KESALAHAN !!!


HADI perlu berterus terang serta menyampai maklumat mengenai pelaku atau CALON PENGEDAR PIL KUDA kepada kepada pihak Polis atau JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK. KLIK


Pendedahan yang dibuat oleh  HADI menunjukkan pelaku-pelaku yang berselindung dalam PAKATAN RAKYAT adalah sangat serious.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ini adalah masalah keselamatan negara daripada musuh ancaman NAJIS DADAH yang kian ketara ketika ini.

Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada DS Hadi kerana telah memberikan MAKLUMAT SECARA TERBUKA kepada semua RAKYAT MALAYSIA. TAHNIAH dan SYABAS.

PANAS !!!!!!!! HADI : CALUN PAKATAN RAKYAT JUAL PIL KUDA ?????

Hadi begitu kecewa PAS berlawan dengan PKR serta bertindih parti semakin menjadi-jadi ketika Penamaan Calun. PAS bertindak kerana hendak menyelamatkan PAKATAN RAKYAT ???


Beliau sedar bahawa PAKATAN RAKYAT akan jatuh sepertimana di Perak memerintah sekejap.

PAS tidak menentang calun kawan-kawan dalam pilihanraya, tapi beliau sangsi dan khuatir CALON TANGKAP MUAT dan PAS mesti bertindak.

CALUN JUAL DAN EDAR PIL KUDA ??? pun ada disenaraikan oleh PAKATAN RAKYAT.... berat sangat dah ne.....

Ada calon Pakatan Rakyat menjulang GAMBAR LENIN DAN STALIN... hinggakah tersasul HADI menyebut kedua-dua nama ini ... 


Gambar Karlmarx penganut ideologist KOMINIS dalam MARKAS PAKATAN ???????

Hadi meluahkan perasaannya yang cukup kecewa bersatu dengan PAKATAN RAKYAT...

Disaat-saat akhir ini ALLAH S.W.T telah menunjukkan petunjuk awal bahawa PAKATAN RAKYAT akan TUMBANG.....KLIK

21/04/2013

PAS BERSIKAP BIADAP DAN CUBA MEMPERLEKEHKAN PDRM !!!


PAS cuba untuk bersikap BIADAP dan cuba untuk memperlekehkan kewibawaan PDRM terutama Polis Marang dengan menggantung poster bergambar Bekas Pengarah JSJ Datuk Fauzi Saari beruniform Polis.

Pada 19/04/2013 poster yang sama telah dipaparkan di simpang menghala ke Sungai Kerak, namun telah diturunkan oleh pihak berkuasa diatas aduan yang dibuat oleh orang awam yang lalu lalang dikawasan tersebut. KLIK SINI

BERITA PANAS !!!! KLON ANWAR YANG DITAHAN POLIS TERLIBAT VIDEO SEX

BERITA ini dipetik daripada keadilandaily. Difahamkan pada waktu ini laman sesawang rasmi Keadilandaily mengalami serangan ddos dan tidak dapat diakses.


Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam. CEPAT KLIK DISINI

PKR gagal tampil ‘pelakon sebenar’ video seks Anwar

BUKIT MERTAJAM, 20 April — Sekitar 5,000 penyokong parti pembangkang hampa apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menampilkan individu yang didakwa ‘pelakon sebenar’ dalam video seks membabitkan individu mirip ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Sebelum ini, PKR berjanji akan melakukan pendedahan eksklusif berhubung ‘pelakon’ tersebut pada majlis solat hajat dan siri Jelajah Merdeka Rakyat di Madrasah An Nadhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, dekat sini, malam tadi. 
Bagaimanapun, calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenal sebagai CheguBard, ketika berucap, berkata usaha untuk menampilkan ‘pelakon sebenar’ dari Thailand itu tidak kesampaian apabila mendakwa rombongan yang membawa individu itu ditahan oleh pihak berkuasa di Bukit Kayu Hitam. 

DAP tagih simpati rakyat untuk tutup salah sendiri


Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April menitiskan air mata kerana menuduh ROS, BN & SPR mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.

Usaha DAP & Pakatan Rakyat untuk menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh pihak lain dengan perbuatan sabotaj memang sudah dijangka.

ROS sudah pun menjelaskan bahawa DAP boleh menggunakan logo parti itu untuk PRU13 dan bahawa parti itu tidak diharamkan; namun untuk mengkaburi mata rakyat, DAP terus berlakon seolah-olah menjadi mangsa “pembunuhan politik” – seperti yang disebut oleh Lim Guan Eng.

Sebenarnya semua ini berpunca dari DAP sendiri yang mengenepikan rintihan hati ahli-ahli sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan barisan CEC parti tersebut.

Tindakan Lim Kit Siang menangis semasa sidang akhbar: sebuah sandiwara untuk meraih undi simpati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...