Translate

22/04/2013

MELINDUNGI PELAKU ATAU PENGEDAR PIL KUDA ADALAH SATU KESALAHAN !!!


HADI perlu berterus terang serta menyampai maklumat mengenai pelaku atau CALON PENGEDAR PIL KUDA kepada kepada pihak Polis atau JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK. KLIK


Pendedahan yang dibuat oleh  HADI menunjukkan pelaku-pelaku yang berselindung dalam PAKATAN RAKYAT adalah sangat serious.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ini adalah masalah keselamatan negara daripada musuh ancaman NAJIS DADAH yang kian ketara ketika ini.

Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada DS Hadi kerana telah memberikan MAKLUMAT SECARA TERBUKA kepada semua RAKYAT MALAYSIA. TAHNIAH dan SYABAS.

PANAS !!!!!!!! HADI : CALUN PAKATAN RAKYAT JUAL PIL KUDA ?????

Hadi begitu kecewa PAS berlawan dengan PKR serta bertindih parti semakin menjadi-jadi ketika Penamaan Calun. PAS bertindak kerana hendak menyelamatkan PAKATAN RAKYAT ???


Beliau sedar bahawa PAKATAN RAKYAT akan jatuh sepertimana di Perak memerintah sekejap.

PAS tidak menentang calun kawan-kawan dalam pilihanraya, tapi beliau sangsi dan khuatir CALON TANGKAP MUAT dan PAS mesti bertindak.

CALUN JUAL DAN EDAR PIL KUDA ??? pun ada disenaraikan oleh PAKATAN RAKYAT.... berat sangat dah ne.....

Ada calon Pakatan Rakyat menjulang GAMBAR LENIN DAN STALIN... hinggakah tersasul HADI menyebut kedua-dua nama ini ... 


Gambar Karlmarx penganut ideologist KOMINIS dalam MARKAS PAKATAN ???????

Hadi meluahkan perasaannya yang cukup kecewa bersatu dengan PAKATAN RAKYAT...

Disaat-saat akhir ini ALLAH S.W.T telah menunjukkan petunjuk awal bahawa PAKATAN RAKYAT akan TUMBANG.....KLIK

21/04/2013

PAS BERSIKAP BIADAP DAN CUBA MEMPERLEKEHKAN PDRM !!!


PAS cuba untuk bersikap BIADAP dan cuba untuk memperlekehkan kewibawaan PDRM terutama Polis Marang dengan menggantung poster bergambar Bekas Pengarah JSJ Datuk Fauzi Saari beruniform Polis.

Pada 19/04/2013 poster yang sama telah dipaparkan di simpang menghala ke Sungai Kerak, namun telah diturunkan oleh pihak berkuasa diatas aduan yang dibuat oleh orang awam yang lalu lalang dikawasan tersebut. KLIK SINI

BERITA PANAS !!!! KLON ANWAR YANG DITAHAN POLIS TERLIBAT VIDEO SEX

BERITA ini dipetik daripada keadilandaily. Difahamkan pada waktu ini laman sesawang rasmi Keadilandaily mengalami serangan ddos dan tidak dapat diakses.


Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam. CEPAT KLIK DISINI

PKR gagal tampil ‘pelakon sebenar’ video seks Anwar

BUKIT MERTAJAM, 20 April — Sekitar 5,000 penyokong parti pembangkang hampa apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menampilkan individu yang didakwa ‘pelakon sebenar’ dalam video seks membabitkan individu mirip ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Sebelum ini, PKR berjanji akan melakukan pendedahan eksklusif berhubung ‘pelakon’ tersebut pada majlis solat hajat dan siri Jelajah Merdeka Rakyat di Madrasah An Nadhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, dekat sini, malam tadi. 
Bagaimanapun, calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenal sebagai CheguBard, ketika berucap, berkata usaha untuk menampilkan ‘pelakon sebenar’ dari Thailand itu tidak kesampaian apabila mendakwa rombongan yang membawa individu itu ditahan oleh pihak berkuasa di Bukit Kayu Hitam. 

DAP tagih simpati rakyat untuk tutup salah sendiri


Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April menitiskan air mata kerana menuduh ROS, BN & SPR mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.

Usaha DAP & Pakatan Rakyat untuk menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh pihak lain dengan perbuatan sabotaj memang sudah dijangka.

ROS sudah pun menjelaskan bahawa DAP boleh menggunakan logo parti itu untuk PRU13 dan bahawa parti itu tidak diharamkan; namun untuk mengkaburi mata rakyat, DAP terus berlakon seolah-olah menjadi mangsa “pembunuhan politik” – seperti yang disebut oleh Lim Guan Eng.

Sebenarnya semua ini berpunca dari DAP sendiri yang mengenepikan rintihan hati ahli-ahli sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan barisan CEC parti tersebut.

Tindakan Lim Kit Siang menangis semasa sidang akhbar: sebuah sandiwara untuk meraih undi simpati.

20/04/2013

ALLAH MEMBERI PETUNJUK YANG JELAS KEPADA PAS !!!


Begitulah yang terjadi semasa Penamaan Calun kawasan Marang pada pagi ini 20/04/2013. 


Seawal pagi lagi kedua-dua Parti Politik PAS dan Barisan Nasional telah mengambil tempat masing-masing, sebelum berarak ke tempat Penamaan Calun di Pejabat Daerah Marang.

Barisan Nasional mendahuluinya dengan keluar berarak daripada perkarangan Bangunan UMNO Marang menuju ke Pejabat Daerah Marang pada jam lebih kurang 9.00 pagi dengan jarak lebih kurang 1/2 km.  Pengikut-pengikut Barisan Nasional hanya berselawat beramai-ramai sehinggalah ke tempat yang telah ditetapkan.

SIKAP ANGKOH, SOMBONG DAN BAHLOL PENCACAI PAS TETAP MENYERLAH !!


Inilah yang berlaku pada jam 9.00 malam 19/04/2013 di persimpang empat lampu isyarat di Pekan Marang.


Seramai lebih kurang 150 orang hingga 200 orang pencacai PAS menyerbu disekitar lampu isyarat dengan nada jerit pekik seperti orang kena hantu, bertujuan untuk memasang bendera saja.

19/04/2013

#GE13 : Transkrip Emel Pergolakkan PKR dan PAS Terengganu Pasal Kerusi - Pekeliling PKR Boikot PAS Didedahkan! #TolakPR #VoteBN

KANTOI.... PKR GANTI PAS....

Pembangkang kecoh mendakwa BN sedang bergelut dengan pembahagian kerusi serta menghadapi masalah calon termasuk mensensasikan semula kisah Zulkifli Nordin 10 tahun lalu bagi meraih sokongan masyarakat India.

Kata dulang paku serpih, kata BN bergolak, PKR pula yang lebih!

Penulis menerima beberapa dokumen yang berupa transkrip emel melibatkan pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS di Terengganu setelah rundingan berhubung pembahagian kerusi Parlimen dan DUN sehingga PKR bertindak memboikot dan mengeluarkan pekeliling membatalkan semua program berkaitan PAS. WOW HEBAT KLIK CEPAT DISINI


Poster Gambar ANJING PAS tersebar luas ???


Penduduk Marang digemparkan dengan tersebarnya POSTER GAMBAR ANJING PAS dibeberapa tempat terutama berhampiran dengan Pusat Penamaan Calun yang akan diadakan esok 20/04/2013.


Pihak yang bertanggungjawab, dengan lebih jelas lagi PARTI AJARAN SESAT janganlah mengambil kesempatan untuk memaparkan PESARA POLIS YANG KECEWA TIDAK DILAYAN itu memakai UNIFORM POLIS untuk kempen pilihanraya kali ini.


Janganlah terlalu BANGGANG DAN BODOH serta JIJIK dalam memaparkan sebarang bentuk poster kempen  pilihanraya kali ini. Pihak Polis sepatutnya mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat memcetak atau memaparkan gambar berkaitan yang akan MENJEJASKAN IMEJ PDRM.

PAS perlu gunakanlah KEPALA OTAK yang WARAS dan BERAKAL.... sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini KLIK

HAJI HADI SUDAH HAMPIR KE LIANG LAHAD !!!!


Peringkat Awal: Hari demi hari... jam demi jam dan saat demi saat menghampiri ke penghujungnya. Bersiap sedialah Haji Hadi untuk dikebumikan oleh pengikut-pengikut taksubnya sendiri yang telah memberi gambaran yang jelas kedudukan sebenarnya Presiden PAS. KLIK

Peringkat kedua: KERANDA DAH HILANG, MAYAT PULA DITINGGALKAN usaha-usaha untuk menyiapkan segala peralatan pengkebumian dipersiap sediakan maka timbullah mayat HADI dipaparkan untuk tontonan beberapa ketika oleh pengikut-pengikutnya. KLIK

Peringkat ketiga:  Keranda timbul kembali setelah mayat HADI bersedia untuk dikebumikan, selepas PRU 13. sepertimana gambar dibawah.


Parlimen Marang: Pertarungan Yahya Khatib Lawan Hadi Awang


Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12 2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO Terengganu.

Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri, sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10 1999 dulu.

18/04/2013

PERANCANGAN ANWAR SUPAYA DUNIA LUAR MENGANGGAP PRU 13 GANAS ???



TERKINI: Berita ini tidak sahaja menggemparkan masyarakat Malaysia di London tetapi juga masyarakat di tanahair berikutan dengan adanya panggilan dari anak-anak dan sanak saudara  mereka di London untuk meminta pengesahan.

Saifudin Nasution, SUA Keadilan yang menjadi punca berita menggemparkan ini dijangka akan memanggil sidang akhbar bila-bila masa untuk menjelaskan kedudukan sebenar setelah menemui  Ketua Polis Negara.

Difahamkan tidak sahaja wartawan-wartawan tempatan tetapi wartawan-wartawan seluruh dunia termasuk dari CNN, BBC, ABC dan  wartawan-wartawan Singapura juga telah menghubungi Ibu Pejabat Keadilan di Kuala Lumpur untuk mendapat penjelasan tetapi gagal. BACA LAGI DISINI

Anwar Hina Masyarakat Tambun

Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’?  Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?  

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.  

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’.   Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.  

LIM KIT SIANG AKAN BERKUBUR DI GELANG PATAH


Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini semasa adakan sidang media berkata, menteri besar Johor yang dijangkakan akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, adalah Stalking horse dan Proxy kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir.

Beliau berkata: “mengikut maklumat risikan terbaru apa yang saya lihat, MCA akan lepaskan kerusi Parlimen Gelang Patah kepada UMNO, dan Tun Mahathir mahu Abdul Ghani Othman tamatkan riwayat saya di Gelang Patah.”

17/04/2013

PENYOKONG PAS KECEWA DIATAS PENCALUNAN USTAZAH AISHAH ??

Isa (right) is set to face Aishah, formerly of Aishah and the Fan Club and famous for her hit song Janji Manismu back in the 90s
Penyokong-penyokong PAS begitu kecewa diatas pencalunan Aishah @ Ustazah Mee Segera di Parlimen Jempul yang akan berdepan dengan PAK ISA SAMAD.

APA PAS sudah ketandusan calun ?? Mana perginya muka-muka lama atau Para Ulama yang begitu berkelibar didalam PAS ??? atau dah tukar nama baru apabila menjelmanya Pilihanraya - PARTI ARTIS SEDUNIA ???
Bukan nak menghina para ARTIS pulak, tapi ini adalah kebenaran yang disuarakan sebilangan besar para penyokong PAS yang begitu kecewa...kecewa...kecewa diatas pencalunan itu. KLIK


MENLENYAPKAN SABOTAJ KAMBING HITAM

Kegiatan 'kambing-kambing hitam' di kandang-kandang kambing diseluruh negara masih lagi dipantau rapi oleh pengusahanya, bagi menentukan aktiviti-aktivitinya tidak terkeluar daripada kandang.


Nak sedap cerita - kenapa ada yang siang menjadi ular malam menjadi manusia. Kenapa 'sokong membawa rebah'. Kenapa ada 'musang berbulu ayam', 'musuh dalam selimut' atau 'gunting dalam lipatan'. Kenapa ada 'pagar yang sanggup makan padi' atau 'pancing makan umpan'.

Namun begitu, segala-galanya telah terjawab selepas pengumuman calun-calun yang bertanding di Peringkat Parlimen dan DUN diseluruh negara.

KLIK SINI kalau nak panjangkan cerita.


16/04/2013

Pengalaman 1974 menjadi peringatan yang cukup mendalam - Pas tidak minat kongsi kuasa

CADANGAN supaya usaha merapatkan UMNO dan Pas digiatkan kembali sudah disuarakan beberapa pihak apabila melihat seolah-olah ada titik temu antara Presiden UMNO dan Presiden Pas dalam Syarahan Perdana Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Mei 2002 lagi.

Jika UMNO-Pas boleh berkongsi pentas dalam isu Palestin, mengapa tidak sedemikian dalam isu-isu yang lebih menjurus kepada kepentingan Melayu Islam di negara ini.

Harapan untuk menyaksikan UMNO-Pas kembali dapat duduk bersama-sama dalam sebarang isu dikatakan hanya boleh berhasil ketika Pas dipimpin oleh Datuk Fadzil Noor dan tidak selepas beliau mengundurkan diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...