Translate

28/03/2013

Kadar Jenayah Perlu Terus Diturunkan mengikut SOP yang ditetapkan

KUALA LUMPUR: Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.
Beliau menarik perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.
"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya dalam entri terbaru bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita' di laman blognya.

27/03/2013

BREAKING NEWS LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN

SMS yang sangat luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa di Malaysia ini..... kerana untuk menjadi Perdana Menteri ???

Berita panas selanjutnya sila baca  DISINI

KOREA SELATAN MENGHARAMKAN PELAJARNYA MENUNTUT DI TIMOR INDIA ??

Kolkata: Tiga lelaki didakwa mencabul seorang pelajar Korea Selatan dalam sebuah bas di timur India, kata polis kelmarin dalam insiden terbaru menaikkan kebimbangan berhubung keselamatan wanita di negara itu. 

Pelajar kolej berusia 20 tahun itu cuba menaiki sebuah bas penuh sesak di sini awal pagi semalam apabila tiga lelaki cuba mengheretnya keluar dari kenderaan itu, kata pegawai polis Subhendu Barik kepada AFP. 

“Mangsa berjaya menaiki bas. Kumpulan lelaki terbabit juga menaiki bas dan berdiri di belakangnya”, kemudian didakwa merabanya,” katanya. 

26/03/2013

The untold story of the Lahad Datu incident



On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari -- who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government -- and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament -- another close friend of Anwar -- at the behest of Anwar. A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement.

25/03/2013

22 TAHUN BERKAHWIN cerai isteri akibat langgar bai'ah kepada Pas

BACHOK 23 Mac - Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.
Shaidi, 45, memberitahu, talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

"Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai'ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya.

Polis Sahkan Datu Amir Bahar Hushin Kiram Ditahan Di Semporna

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan pada Ahad mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna, semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.
"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Ahad.

24/03/2013

PM Akan Umum Suruhanjaya Diraja Insiden Pencerobohan Pengganas Sulu Pada Isnin

KLUANG: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang insiden pencerobohan di Sabah akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Isnin ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media sempena sambutan Hari Polis.
"Pada ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

23/03/2013

PEKUNG PAKATAN HARAM MULA MEMBUSUK !!!!

MAKIN BANYAK PEKUNG BERNANAH YANG MENJADI PERSOALAN ??????

BETUL KE DULU SAKIT TULANG BELAKANG? KENAPA VIDEO KLIP YANG TERSEBAR DI INTERNET KEADAAN KETIKA DI SG BULOH LAIN?

BETUL KE DAKWAAN ORANG BANK NEGARA MALAYSIA YANG BERNAMA
MURAD TENTANG BEBERAPA AKAUN INDUK? DISINI

SIAPA DALANG LAHAD DATU YANG SEBENARNYA?

KENAPA
ISU KALIMAH ALLAH TIDAK DIPERTAHANKAN? KENAPA SANGGUP TARIK HJ HADI DAN TGNA UNTUK BERSEKONGKOL DALAM ISU ITU? DISINI

22/03/2013

NAMA DUA PERAJURIT TERKORBAN AKAN DIABADIKAN PADA NAMA JALAN

Besut, 21 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengabadikan nama dua perwira negara berasal dari negeri ini yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada nama jalan. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan mereka iaitu ASP Zulkifli Mamat dan ACP Ibrahim Lebar. 

"Kami akan menamakan jalan di tempat kelahiran mereka sebagai tanda peringatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM50,000 masing-masing kepada keluarga kedua-dua perajurit itu di Kampung Kubang Ikan dan Jabi, Jerteh di sini hari ini. 

Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri juga menawarkan pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada kedua-dua anak Allahyarham Ibrahim yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...