MARANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan iklim politik di negara ini kini sudah jauh berbeza jika dibandingkan dengan peristiwa 'tsunami politik' lima tahun lalu.
Beliau berpendapat, perubahan itu berlaku sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri dengan pelbagai pendekatan yang menambahkan keyakinan rakyat yang beransur-ansur memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).