Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.
Saya tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun!