Translate

19/01/2013

Kalimah Allah: Bapok Azmin tidak puas hati keputusan Majlis Syura ?

Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya
Kenyataan di atas keluar dari mulut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri, tidak ada tokok, tidak ada tambah, exactly macam mana dia cakap ya.

18/01/2013

Isu Kalimah “Allah” Belum Selesai, Semakin Menghantui PAS…


BEGITU SENANG ISU KALIMAH ALLAH DISELESAIKAN. HAI BAPAK DAJAL ??

Sekonyong-konyong bila Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa penggunaan kalimah “Allah” hanyalah hak eksklusif umat Islam di negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat lekas-lekas membuat kenyataan bahawa isu itu sudah selesai.

Padahal, dialah “Abu Jahal” besar yang sebelum ini dikatakan telah menasihati Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

17/01/2013

Sejumlah 127,949 Kad Pengenalan Di Sabah Disyaki Bermasalah, Suruhanjaya Diberitahu

KOTA KINABALU, 17 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah diberitahu Rabu bahawa sejumlah 127,949 kad pengenalan dikeluarkan di Sabah dari 1979 hingga 1996 disyaki mempunyai masalah.

Roslan Alias, Penolong Ketua Unit Khas Sabah dan Sarawak, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata daripada jumlah itu 91,656 kad pengenalan dibatalkan selepas disyaki pengeluarannya tidak teratur.

Ketika diminta menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku sama ada ia satu kecuaian, Roslan berkata JPN telahpun menjalankan siasatan pada tahun 1996 apabila ada kakitangan jabatan itu ditahan terhadap penyelewengan kad pengenalan itu.

MAT SABU KOMUNIS ZAMAN ICT ???

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," itu kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulas mengenai pendirian terkini beliau selepas badan tertinggi PAS memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke dalam bible bahasa Melayu.
Mat Sabu sebelum ini mengejutkan banyak pihak selepas dipetik mengatakan bahawa beliau setuju pengunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Isu ini berbangkit selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan pusat membenarkan Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan di dalam perutusan Krismasnya baru-baru ini.

16/01/2013

Mana Fauzi Shaari dapat duit buat rumah besar?

Ramai pihak hairan kenapa Datuk fauzi Shaari, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah masuk PAS. Mana tidak ... dengan apa yang berlaku pada polis di perhimpunan-perhimpunan haram Bersih, kisah Al Maunnah, dan lain-lain perliaku terhadap pasukan polis.

Dia dikatakan masuk PAS kerana keluarganya semua ahli PAS. Dah jadi semulajadi baginya untuk selesa dengan PAS.

15/01/2013

Gambar-Gambar Pelik dan Kebiadapan peserta #KL112

Kebiadapan dan kurang ajar peserta #KL112 tidak menghormati Lagu Negaraku

Disebalik kegagalan Mat Sabu mengumpul 1 juta peserta, Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 turut menampilkan pelbagai kerenah pelik dikalangan peserta. Segelintir mereka sekadar untuk bersuka-suka, tanpa sebarang tujuan atau sentimen politik.

Sedar atau tidak, perilaku pelik serta tidak masuk akal di kalangan peserta menjadi rencah pedas yang menyindir, memperli serta memperbodohkan pihak pengajur.


Nik Aziz memang kaki putar-belit mengenai isu KALIMAH ALLAH


Haji Hadi pula menunggu Neraka Jahanam???

Baca dulu statement kat bawah ni:

Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Syura' PAS yang membuat pendirian kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam.

Cuma yang peliknya mengapa Majlis Syura berbincang dan membuat keputusan selepas persetujuan sudahpun dibuat oleh kepimpinan ekskutif PAS bersama DAP & PKR bersetuju kristian menggunakan kalimah ALLAH?

14/01/2013

Agenda DAP Untuk Kristiankan Malaysia Hampir Berjaya


Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.

Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.

Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.

DEKLARASI SETAN DAN BUKTI UNTUK MERAMPAS KUASA


Tuntutan HRP boleh dikira berikut:

Per-1: Tuntutan Bersih

Apa lagi mereka nak? Seperti dikatakan oleh seorang pengirim email, setakat ini kebanyakkan tuntutan 8 itu dah dilayani:

“The Government respects the right to peaceful assembly. We ask protestors to rally peacefully and respect the rule of law by ensuring that they do not breach the Peaceful Assembly Act. 

13/01/2013

Perhimpunan Mengabsahkan Program Transformasi PM

Perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka Kuala Lumpur hari ini menyerlahkan kematangan demokrasi Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Pakatan Rakyat mengumpulkan 100,000 penyokong mereka dari seluruh pelosok negara untuk berhimpun di stadium bersejarah itu. Pemimpin mereka diberi lesen bebas untuk menghentam Barisan Nasional (BN) khususnya Najib, kadang kala dengan kata-kata kesat dan tuduhan melulu. 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...