Sekonyong-konyong bila Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa penggunaan kalimah “Allah” hanyalah hak eksklusif umat Islam di negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat lekas-lekas membuat kenyataan bahawa isu itu sudah selesai.
Padahal, dialah “Abu Jahal” besar yang sebelum ini dikatakan telah menasihati Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.