Translate

21/11/2013

MUDA-MUDA DAH KURANG AJAR ???

Adun Semambu Diminta Tarik Balik Kenyataan 'Bajet Palsu' Atau Berdepan Tindakan


KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung bahawa Bajet 2014 Pahang dibentangkan Isnin lepas adalah "bajet palsu" amat keterlaluan.
Beliau mahu Adun PKR itu menarik balik kenyataannya itu atau bakal berdepan tindakan.
"Sepatutnya Adun Semambu bercakap berdasarkan fakta dan setiap bajet yang dibentangkan adalah berdasarkan anggaran yang mengambil kira semua sumber kewangan.
"Justeru, saya mahu Adun Semambu menarik semula kata-kata itu, jika tidak, kita akan bawa perkara ini kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Pahang serta mencadangkan usul supaya dikenakan tindakan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini Khamis.
Menteri Besar berkata kenyataan Lee semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Pembekalan Air 2014 pada Selasa lalu itu juga tidak menghormati Dewan Undangan Negeri.
Adnan berkata Lee mesti meneliti semua fakta yang ada dan jangan menjadi seorang Adun yang dangkal.
Katanya dakwaan Adun itu bahawa jumlah lebihan RM2.19 juta dalam Bajet 2014 Pahang yang dibentangkan beliau sebagai palsu itu adalah keterlaluan dan tidak berasas.
"Pembangkang boleh membangkang tetapi ia perlu dilakukan secara berhemah, saya cuba berlaku adil kepada semua sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, bagaimanapun tindakannya itu tidak rasional," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...