Translate

10/11/2013

LESEN BESAR : Warga Bangladesh maut lori dipandu terbabas

Gambar hiasan
MACAM MANA WARGA BANGLADESH DIBENARKAN MEMANDU M/LORI ???

JEMPOL 9 Nov. - Seorang pemandu lori warga Bangladesh maut manakala kelindannya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di simpang Lui Selatan malam tadi.

Kemalangan pukul 8.45 malam di Kilometer 30, Jalan Bahau-Kemayan itu menyebabkan Md. Taizuddin Khan, 41, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Tukiman Seriman berkata, kelindan lori itu merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Jempol.

Katanya, kemalangan berlaku apabila lori dipandu mangsa dari arah Kemayan dipercayai cuba memotong sebuah lori.

"Selepas memotong kenderaan itu mangsa cuba masuk ke laluan asal namun bahagian belekang kenderaannya bergesel dengan lori dipotongnya lalu terbabas ke bahu jalan kiri dan hilang kawalan.

"Lori itu kemudian terbalik dan masuk ke laluan bertentangan. Ketika itu muncul sebuah lori lain dan bertembung dengan lori mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...