Translate

19/10/2013

OPS CANTAS PEMUTIHAN DALAM PDRM PERLU DIPERKEMASKAN

Ops Cantas Khas: Anggota polis antara 4 diberkas

TEMERLOH 18 Okt. Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan Ops Cantas Khas dan Ops Tapis pada pukul 8.50 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol, gari dan lapan butir peluru hidup daripada anggota polis berkenaan.

"Polis turut menemui pelbagai jenis dadah selain lapan pedang samurai, sepucuk senapang angin dan lima pistol mainan, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mereka yang ditahan anggota kumpulan kongsi gelap.

"Polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini juga geng yang melakukan aktiviti samun dan pecah rumah berdasarkan penemuan barangan seperti tujuh jam tangan dan 19 telefon bimbit," katanya.

Menurutnya semua suspek yang berusia antara 21 dan 27 tahun terbabit tidak mempunyai rekod lampau, namun kesemua mereka positif dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut beberapa seksyen Akta Senjata 1960 selain Akta Dadah Berbahaya.

"Anggota polis yang ditahan turut akan disiasat mengikut Akta Polis 1967," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...