Translate

22/10/2013

JANGAN MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN ???


Mesyuarat Agong Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2013 serta Pemilihan Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO telahpun selesai.

Namun begitu suara-suara gatal dan memalukan diri sendiri berkumandang di media-media serta dikedai-kedai kopi, menuding jari kepada orang lain.

Apa yang dapat diperhatikan semasa ahli-ahli perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agong di Dewan SMK Seberang Marang, rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati diatas cara penyusunan serta urusan pendaftaran kehadiran peserta yang diatur.

Ditempat pengundian pula, keadaan bilik yang kecil dengan kedudukan meja-meja yang disusun begitu menjijikkan, tidak sepertimana yang kita lihat ditempat-tempat lain, luar daripada Daerah Marang.


Begini rupa keadaan tempat pendaftaran ??
Selain daripada itu, petugas-petugas khas untuk mengira kertas undi telahpun dilantik terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Dungun, tetapi kenapa perlu ada petugas2 yang dilantik oleh UMNO Bahagian turut berada didalam bilik pengiraan ????
Keadaan Bilik Pengiraan Undi
 Petugas Khas Pelajar UiTM
  Petugas Khas Pelajar UiTM
 Petugas Khas Pelajar UiTM

Ini yang menyebabkan berlakunya ketirisan awal maklumat terkeluar melayang melalui Whatsapp kepada calon2 yang bertanding seawal jam 6.00 petang. Ini berkemungkinan dilakukan oleh petugas dari JKUM sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Inilah keputusan yang tersebar luas melalui "Whatsapp"
Perkara ini telah dapat dikesan dan memberikan anggapan yang negatif kepada pengurusan JKUM yang tidak telus serta menempatkan mereka-mereka yang tidak jujur dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ATAU TELAH DIRANCANG ????

Selain daripada itu juga, sememangnya kita ketahui keputusan rasmi dijangka akan diumumkan agak lewat dan berlarutan sehingga sebelah malam. Namun begitu apa yang berlaku, keadaan dikaki lima bilik-bilik yang digunakan untuk pengiraan tidak mempunyai "LAMPU dan BERGELAP".

Ini menunjukkan pengurusan awal pihak Ketua Bahagian serta Setiausaha Bahagian yang benar-benar bertanggungjawab tidak cakna serta tidak mengambil berat terlebih awal bagi menentukan perkara-perkara sebegini tidak berlaku.

Mereka-mereka yang bertanggungjawab hanya melepaskan tugas kepada pihak sekolah bagi menyediakan tempat-tempat pengundian tanpa diawasi semula atau 'counter-check' sebelum hari mengundi.

Inilah yang sebenarnya berlaku berpunca daripada kedanggalan mereka-mereka yang bertanggungjawab menguruskannya.

Kita tidak nafikan, maklum saja sistem yang diadakan kali ini adalah buat kali pertama, sememangnya ada tidak banyak sedikit kesilapan2 yang berlaku sepertimana yang telah dinyatakan sendiri oleh PM. 

Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan didalam media masa, kita perlulah berhati-hati jangan nanti diumpamakan "MELUDAH KELANGIT DAN JATUH KE MUKA SENDIRI". Ha....padan muka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...