Translate

02/09/2013

SENTUHAN KASIH BEKAS PELAJAR SMTP MUAR, JOHOR


Muar 01/09/2013 - 'Sentuhan Kasih' Alumni bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor bagi tahun 1966 hingga 1970 mecapai matlamatnya, dimana seramai 80 orang hadir dimajlis yang telah diatur, berlangsung di Mann Catering, Jalan Junid, Muar, Johor.

Majlis telah diadakan pada hari ini dalam suasana yang cukup ceria disamping kehadiran beberapa orang guru-guru yang mengajar pada ketika itu. Diantaranya ialah Dr. Faezah, Cikgu Kamaruddin, Cikgu Ahmad Omar, Cikgu Mohamad Omar, Uztaz Arshad Adnan, Cikgu Asri Sarwan, Cikgu Khamis, Cikgu Abdullah Othman dan Cikgu Rahim Omar.

Bekas-bekas pelajar begitu terharu diatas kehadiran cikgu-cikgu yang dikasihi, sudi hadir dimajlis yang dianjurkan.

Menurut Cikgu Dr. Faezah Mohamed, ini adalah julung-julung kali beliau hadir dimajlis perjumpaan seumpama ini, sejak beliau bersara sebagai seorang guru dimana kehadiran yang sangat-sangat membanggakan.

Majlis seumpama ini akan diteruskan pada setiap tahun, dimana akan ditempat yang lebih sesuai dengan majlis penganjurannya.

Semua bekas pelajar yang hadir mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Urusetia terlibat yang berjaya menganjurkan majlis ini iaitu Tuan Haji Salim Jaafar, Tuan Haji Sabri dan En. Ibrahim bin Omar serta beberapa lagi rakan yang terlibat.

Untuk rakaman gambar dimajlis sila KLIK DISINI dan SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...