Isnin, 16 September 2013

PEMIMPIN YANG TEGAS - NEGARA SELAMAT

Zon keselamatan digazetkan

Kota Bharu: Kerajaan bercadang menggazetkan kawasan sepanjang 121 kilometer (km) di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang aktiviti penyeludupan senjata dan dadah yang masuk melalui Sungai Golok.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu perlu dilakukan segera kerana kerajaan memandang serius dalam menangani soal keselamatan, khususnya di Kelantan.
Katanya, kawasan yang digazetkan itu akan dijadikan zon keselamatan, iaitu kewujudan pangkalan haram bakal dihapuskan selain memperlihatkan pertambahan bilangan anggota polis yang melakukan pengawasan.

“Dari segi dasar, saya bersetuju cadangan ini dilaksanakan segera. Saya juga akan mohon peruntukan khas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau prihatin dengan kekangan dihadapi, terutama polis Kelantan.
“Penyelesaian jangka panjang di negeri ini harus dilakukan dengan memasang tembok dan menggazetkan kawasan itu sebagaizon keselamatan.

“Ini bagi mengelak aktiviti penyeludupan senjata, dadah dan kebolosan penjenayah dari negara kita atau negara luar,” katanya pada sidang media selepas hadir mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, walaupun kerajaan mengambil langkah itu, penduduk di sepanjang tebing terbabit tidak perlu berpindah.

Katanya, beliau sedar ia mungkin menjejaskan ekonomi penduduk, tetapi faktor keselamatan juga harus dilihat bagi mewujudkan keadaan lebih selamat kepada orang ramai.
“Saya faham tetapi dari segi penyeludupan, mana yang lebih penting? Kita tidak boleh mengambil kira faktor ekonomi, tetapi faktor keselamatan negara harus dilihat,” katanya.

Sumber:metro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...