Selasa, 24 September 2013

6 BOT PUKAT TUNDA KUANTAN BERSAMA 36 AWAK2 THAILAND DITAHAN

6 bot pukat tunda Thailand ditahan
KENAPA JABATAN PERIKANAN TRG BOLEH TANGKAP, TAPI APMM TIDAK BERJAYA MENANGKAPNYA ????????

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perikanan Terengganu menahan enam bot pukat tunda bersama 36 awak-awak warga Thailand, termasuk seorang tekong warga tempatan dalam satu operasi berhampiran Pulau Kapas, Marang, malam kelmarin.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, awak-awak dan tekong yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam, kira-kira enam batu nautika dari perairan Pulau Kapas, Marang.

“Semasa serbuan dijalankan, kesemua mereka ini sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan pantai dan sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antaranya cuba melarikan diri, namun gagal.

“Operasi yang mengambil masa kira-kira dua jam iaitu bermula kira-kira jam 10 malam ini adalah hasil aduan nelayan tempatan yang mendakwa pendapatan mereka terjejas sejak kebelakangan ini disebabkan kehadiran bot luar yang menceroboh masuk ke perairan ini,” katanya dalam satu sidang media di Pelabuhan Perikanan Chendering, di sini, semalam.

Abdul Khalil berkata, siasatan awal mendapati keenam-enam bot itu didaftarkan di Pahang dan telah melakukan kesalahan, iaitu menceroboh kawasan perairan serta menjalankan aktiviti memukat ikan kurang dari 12 batu nautika dari pantai.

“Selain itu, mereka juga didapati telah melakukan kesalahan menjalankan aktiviti luar daripada waktu ditetapkan iaitu bagi bot Zon C, mereka hanya boleh beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi, ada di antara bot yang ditahan itu memiliki rekod lampau sebelum ini atas kesalahan sama, namun dilihat seolah-olah tidak pernah serik dengan terus mengulangi kesalahan itu.

Antara kawasan yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan nelayan itu menceroboh masuk adalah di Marang; Merchang serta Pulau Kapas.

Kesemua nelayan ditahan boleh didakwa mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) iaitu melanggar syarat lesen memukat ikan kurang dari lima batu nautika dari pantai.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM500 atau bot dan peralatan menangkap ikan boleh disita.

Kesemua nelayan yang ditahan direman selama 14 hari dan bot akan ditahan untuk siasatan lanjut manakala hasil tangkapan mereka akan dilelong.

Sumber: sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...