Translate

10/08/2013

KETIADAAN ISA PUNCA JENAYAH KEKERASAN MENINGKAT ???

Gambar hiasan

'Bouncer' pusat hiburan cedera terkena tembakan


GEORGE TOWN - Seorang 'bouncer' di sebuah pusat hiburan di Jalan Keramat di sini, cedera di paha selepas terkena tembakan dalam kejadian
awal hari ini.
Chong Peng Meng, 43, dari Flat Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersama rakannya ditembak seorang suspek bertopi keledar sejurus tiba di tempat letak kereta pusat hiburan itu pada pukul 12.50 pagi.
"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang turun dari keretanya jenis BMW dan satu das tembakan mengenai paha sebelah kiri mangsa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama di sini.
Gan berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dilapor dalam keadaan stabil manakala rakannya tidak cedera.
Siasatan awal polis di tempat kejadian menemukan tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan mendapati satu das tembakan mengenai kereta jenis Perodua Myvi milik orang awam, katanya.
Katanya polis percaya kejadian ada kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap. - Bernama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...