Translate

12/08/2013

JALINAN PERHUBUNGAN ERAT KETENTERAAN MALAYSIA/THAILAND JANGAN DIPERTIKAIKAN

Tentera Darat tubuh Lembaga Siasatan Dalaman - perlu dilihat keperibadian anggota berkaitan.


KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pasukan Tentera Darat menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat insiden tembakan yang mencederakan seorang anggota tentera di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah kelmarin.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, selain siasatan lembaga itu juga akan bertindak menilai prosedur operasi standard (SOP) berhubung pelaksanaan operasi di kawasan sempadan terbabit.

Menurut beliau, pihaknya telah menghubungi pasukan Tentera Darat Thailand melalui Jawatankuasa Am Sempadan Bersama bagi membantu siasatan dan bertukar-tukar maklumat.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil, beliau turut menegaskan, kejadian tersebut tidak dilakukan mana-mana kumpulan pengganas.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi kelmarin, anggota tentera, Lans Koperal Mohd. Azamrudin Azizan, 26, cedera parah selepas terkena tembakan ketika membuat rondaan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...