Translate

01/08/2013

FORUM TERBUKA GST UNTUK PENGGUNA PADA 10 SEPT 2013 DI PWTC

Program FORUM TERBUKA GST UNTUK PENGGUNA yang akan berlangsung 10 SEPT 2013 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Forum ini di anjurkan oleh badan professional iaitu Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia atau M.A.T.A..

Forum ini adalah PERCUMA serta makanan dan minuman akan disediakan untuk para peserta. Masa program bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30. (perincian aturcara akan diberika kemudian)

Untuk makluman saudara, objektif utama Forum Terbuka ini adalah untuk mendidik serta menjawab persoalan Rakyat mengenai GST secara santai, ilmiah dan secara “layman”. Ahli-ahli Panel yang akan membuat penerangan dan perbincangan adalah terdiri daripada ahli-ahli M.A.T.A. sendiri yang telah mendapat pertauliahan sebagai GST Trainer serta lulus peperiksaan khas GST yang dianjurkan oleh  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Forum ini juga adalah forum BERSIRI dan BERGERAK ke seluruh negara untuk mendekati golongan sasar iaitu segenap lapisan Rakyat, golongan pengiaga, para akauntan, ahli akademik dan professional. Siri pertama akan bermula di Kuala Lumpur pada 10 Sept 2013 dan siri-siri seterusnya akan dihebahkan sedikit masa lagi setelah pengesahan lokasi diperolehi oleh penganjur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...