Khamis, 1 Ogos 2013

AMARAN-AMARAN-AMARAN ??? SENYAP-SENYAP-SENYAP !!!!

"STANDART HALAL" BUKAN BARU SAJA DIPERKENALKAN DI MALAYSIA NE....TAPI LAMA DAH. SETIAP KALI PEMERIKSAAN DIBUAT, DIBERI AMARAN KERAS, KENAPA TIDAK TERUS DIAMBIL TINDAKAN TEGAS ???? ATAU SAJA NAK MENUNJUKKAN JAKIM ADA KERJA DI MUSIM PERAYAAN ???

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pemilik pusat pemprosesan ayam di Cheras, Jinjang dan Pasar Chow Kit di sini diberi amaran keras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.

Justeru, mereka diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard itu dipatuhi dan pegawai Jakim akan membuat pemeriksaan semula di pusat berkenaan, kata Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM, Hakimah Yusoff.

Beliau berkata, pemeriksaan di ketiga-tiga pusat itu pada 1 pagi ini mendapati pusat berkenaan juga didapati menggunakan arus elektrik kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

"Proses ini tidak mematuhi standard halal Jakim," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Ayam selama empat jam di ketiga-tiga pusat itu.

Ops Ayam itu dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri bagi memastikan para pengusaha pusat penyembelihan ayam di Kuala Lumpur mematuhi standard halal.

Operasi ini turut disertai para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan.

Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen turut menahan seorang pekerja warga Indonesia kerana menyalahgunakan pas kerja.

Pusat penyembelihan ayam di Cheras mengeluarkan kira-kira 20,000 ekor sehari, Jinjang (4,000 ekor) dan Pasar Chow Kit (2,000 ekor). - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...