Translate

29/07/2013

Tembelang Masalah Pakatan Yang Terus Membusuk

KUALA LUMPUR 23 Julai – Tindakan calon PKR menyaman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi kerana mendakwa kenyataan pemimpin Pas pada pilihan raya umum ke 13 lalu telah menyebabkan calon berkenaan tewas pada pilihan raya itu menunjukkan kepincangan serta ketidak sehaluan di kalangan pembangkang makin terserlah, berbeza dengan apa yang dinyatakan bahawa tiada permasalahan di kalangan mereka.
Penganalisa dan Pensyarah Politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan walaupun pilihan raya sudah pun berlalu, namun ketidak puasan hati di kalangan pemimpin dan penyokong parti-parti terbabit masih lagi tidak ada penghujungnya.
“Macam mana, pembangkang mengatakan tidak ada masalah di kalangan mereka, cubaan berterusan mereka untuk menipu rakyat dengan membuat pelbagai pembohongan kini tidak mampu disekat, semuanya sudah terserlah dengan apa yang berlaku kepada Presiden Pas.
“Jika benar mereka tidak bermasalah, tindakan calon PKR menyaman Presiden Pas seharusnya tidak berlaku, kerana beliau bukannya orang sebarangan, beliau pemimpin utama parti dan duduk dalam barisan tertinggi Pakatan Rakyat, sepatutnya perkara ini diselesaikan tanpa membabitkan pihak mahkamah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata  demikian ketika diminta mengulas tindakan calon PKR, DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin menyaman Abdul Hadi apabila membuat kenyataan terbuka ketika pilihan raya lalu yang menyatakan ada calon PKR terbabit dalam penjualan pil kuda.
Dr Samsul berkeyakinan bahawa permasalahan di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang tidak ada noktahnya, kesefahaman yang diperkatakan oleh pemimpin parti-parti terbabit hanyalah sekadar untuk menutup kelemahan bagi memastikan terus mendapat sokongan daripada rakyat.
“Cerita yang berlaku di kalangan pembangkang ini bukan cerita baru, jika dulu sebelum pilihan raya mereka berebut dengan jumlah kerusi, lepas pilihan raya berebut jawatan Menteri Besar, kini mereka menyaman antara satu sama lain pula.
“Perkembangan yang berlaku di Kuala Besut juga menunjukkan pembangkang terus dirundung masalah bukan sahaja di kalangan antara parti, malah turut berlaku di dalam parti sendiri, apabila adanya suara tidak puas hati seperti apa yang dihadapi Pas di Kuala Besut,” ujarnya. - MediaUMNO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...