Translate

29/07/2013

PRK K. Besut: Pas kaitkan kalah kerana tarikh....PULOK DOH !!!!

Tak habis-habis alasan serta gendang rebana burok yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin PAS yang tidak akur dengan Takdir Illahi. 

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas menganggap kekalahan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut mempunyai kaitan dengan penetapan tarikh pilihan raya yang dibuat pada hari bekerja.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menyebabkan pengundi Kuala Besut yang  berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi.

Mendakwa tarikh yang ditetapkan pada hari Rabu itu seolah-olah telah direncanakan pihak tertentu untuk tidak memberi peluang menang kepada Pas, beliau berkata, pengundi luar seolah-olah disekat untuk pulang mengundi kerana umum mengetahui kebanyakan pengundi tersebut memberi sokongan yang tinggi kepada pembangkang. KLIK DAN BACA LAGI DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...