Translate

26/07/2013

Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut?

Selesai-selesai dah, kalah-kalah dah. Tapi nak tambah rempah ratus sedikit untuk menyedapkannya sebelum hangat PRK Kuala Besut menjadi sejoook.... dan yang paling pentingnya TIADA KAKI PETEH MEMETEH SEPERTIMANA YANG BERLAKU SEMASA PRU KE 13 YANG LEPAS DIBEBERAPA DAERAH DI NEGERI TERENGGANU TERUTAMA DI DUN RHU RENDANG.

ANALISIS BERITA:The Malaysian InsiderSebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.
Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.
Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.
Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.
Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya. KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...