Rabu, 24 Julai 2013

AWAS!!!!!: PENIPUAN PELABURAN MLM (Multi Level Marketing)


TAMAK DAN DAN MALAS BERUSAHA INILAH PUNCA NYA !!

SCAM ALERT: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang menjanjikan pulangan lumayan.

Orang ramai seharusnya mengambil langkah awal untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan dengan membuat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat yang dinyatakan benar atau sebaliknya.

Antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:

1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa supaya keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan.

2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan di mana mangsa hanya perlu mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. 

3. Skim pelaburan ini menjelaskan di mana terdapat beberapa pangkat di dalam syarikatnya seperti Grand Duke @ Arch Duke, Duke, Marquis, Count, Baron, Francais dan Members. 

4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan-kenderaan mewah untuk menarik perhatian mangsa sebagai down linenya. 

5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi.

Sumber: PDRM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...