Translate

11/07/2013

AWAS !!! PEMBUNUH LIAR MENGGANAS LAGI

JEMPOL – Hasrat seorang warga emas untuk pergi ke rumah jirannya terbantut selepas dia cedera parah apabila diserang dan digigit oleh seekor babi hutan dalam kejadian di Kampung Bayai Lama, Serting dekat sini kelmarin.
Kejadian yang hampir meragut nyawa Saerah Hassan, 82, itu berlaku pada pukul 4.30 petang hingga mengakibatkan tangan kirinya cedera selain beberapa anggota badan turut luka.
Mengimbau semula kejadian itu, jiran mangsa, Mastura Jamaludin, 39, berkata, sebelum diserang, mangsa berjalan bersendirian di laluan utama kampung tersebut berhampiran sebuah kebun getah.
“Tiba-tiba seekor babi hutan yang dianggarkan seberat 70 kilogram muncul dan terus menyondol mangsa hingga mangsa terjatuh serta bajunya koyak.
“Selepas itu, babi berkenaan menggigit pula tangan kiri mangsa sebelum warga emas tu diselamatkan oleh penduduk kampung yang lalu di kawasan tersebut,” ceritanya ketika ditemui di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...