Translate

19/05/2013

KONTRAKTOR ALIBABA..... SEADANYA !!!

Kesian....kesian... kontraktor Melayu ne, hanya bergantung kepada seseorang.  Jika seseorang tu tidak dapat memenuhinya maka BUNGKUS LA IA... terutama KONTRAKTOR yang bertaraf ALIBABA... dan LUPA DARATAN...

Hampir pilihanraya, maka ramailah KONTRAKTOR ALIBABA mendekati mana-mana calon yang dijangkakan terpilih untuk mendapatkan sebarang kontrak yang diperlukan. BODEK PUNYA BODEK LA.....

Kehulu ke hilir, setiap saat sentiasa menghubungi orang-orang yang berkenaan untuk mendapatkan sesuatu projek. Sanggup untuk membuat apa saja. 

Apabila projek telah diberi......lain pulak ceritanya. Sub pula kepada orang lain makan komision pulak atau sebaliknya sepertimana di KLIK 

Tapi lain pula ceritanya jika tidak mendapat sesuatu daripada orang yang diharapkan, berlebih-lebih calon PRU, maka lain pula ceritanya. Itu baru sekali tidak diberi projek.....

Itu sebablah di Terengganu ne ramai Kontraktor Kelas F yang telah disenaraihitamkan oleh SPNB, oleh kerana mereka-mereka ini tiada sebarang persaingan dengan Kontraktor bangsa CINA dan INDIA.

Ada lain cerita.... apabila dah diberi taraf "KONTRAKTOR KELAS F" baru kelas F, telah mula berlagak. Kalau tak pakai kereta mewah tak sah..... maklum sajalah...

Diceritakan ini adalah untuk mengenangkan sikap KONTRAKTOR KELAS F MELAYU yang masih lagi tidak dapat mengikuti jejak langkah kontraktor bangsa Cina yang sentiasa saja untuk maju ke hadapan.

Tak tau lah adakah sikap-sikap sedemikan akan berterusan atau sebaliknya. Tanya lah diri sendiri, boleh atau tidak kita melakukannya.????

Dengan kelonggaran yang diberikan oleh SPNB diharap KONTRAKTOR KELAS F dapat memberpaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada diri sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...