Translate

31/05/2013

IMEJ PDRM TERCALAR LAGI GARA-GARA PEG /ANGGOTA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ???

Gambar hiasan
Sudah banyak kes melibatkan suspek mati didalam tahanan polis di seluruh negara terutama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, sepatutnya dijadikan iktibar serta pengajaran kepada pegawai dan anggota polis yang melaksanakan tugas soal-siasat serta pengawal lokap.


Berlebih-lebih lagi Ketua Polis Balai atau Ketua Pengawal Lokap mestilah menentukan setiap suspek yang hendak dimasukkan ke dalam lokap diperiksa terlebih dahulu kesihatan serta kesan-kesan luka pada badan suspek dan sebagainya.

Jika terdapat kesangsian serta perkara yang mencurigakan terutama kecederaan serta kesihatan suspek tersebut hendaklah dirujuk ke pihak Hospital Kerajaan terlebih dahulu, bagi menentukan suspek berkenaan boleh ditahan didalam lokap dalam jangkamasa yang ditentukan berada didalam keadaan sihat.

SOP-SOP Lokap serta soal-siasat hendaklah diikuti sepenuhnya agar tidak timbul perkara-perkara yang berlaku sekarang ini.

Rasanya sudah berbuih dan berbagai2 arahan telah diberikan oleh pihak atasan PDRM, namun masih ada lagi yang tidak prihatin diatas arahan tersebut.

Rakyat telah muak dengan kejadian seumpama ini berlaku melibatkan unit soal-siasat dan bahagian lokap. Unit soal-siasat mestilah melaksanakan tugas secara profesional dan jangan terlalu ikutkan perasaan. KLIK


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...